|

2009 Sep 19 - Penduduk Kopungit sokong SAPP
Penduduk Kopungit sokong SAPP
KOTA KINABALU: 18 Sept 2009: Penduduk Kampung Kopungit, Luyang, di sini
memberi sokongan penuh terhadap perjuangan Parti Maju Sabah (SAPP) yang
terus berusaha membawa pembangunan walaupun berada di luar gabungan
kerajaan memerintah.
Keadaan itu jelas kelihatan apabila para penduduk berugama Islam kampung
itu beramai-ramai menghadiri majlis berbuka puasa anjuran SAPP di salah
sebuah restoran terkemuka di Tanjung Aru di sini kelmarin.
Majlis itu dianjur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang merangkap
Ketua Wanita SAPP Melanie Chia dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas
di kampung itu.
“Walaupun SAPP kini tidak lagi berada dalam gabungan kerajaan memerintah
iaitu Kerajaan Barisan Nasional tetapi parti itu sentiasa berusaha agar
Kampung Kopungit terus menerima pembangunan dari semasa ke semasa.
“Kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) Kampung Kopungit kepada saya sebagai wakil rakyat di
kawasan ini masih berada pada tahap membanggakan dan oleh itu setiap
projek pembangunan yang perlu boleh dilaksanakan melalui JKKK kampung itu,”
kata Melanie.
Melanie berkata, beliau akan memastikan keperluan pembangunan di Kampung
Kopungit akan terus mendapat perhatian agar para penduduknya sentiasa
mendapat manfaat.
Seramai 35 penduduk kampung diberi Ole-Ole sempena Ramadhan ini serta
sejadah sembahyang. Disamping itu Melanie juga menderma sebuah mesin
pemotong rumput dan penyedut hampagas kepada surau tersebut.
Turut hadir Pengerusi Surau Al-Ikhlas Haji Daud Karmin dan Ketua Kampung
Kiun Solidau serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Peter Aloysius.
Tidak ketinggalan para ahli Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Luyang
diketuai Encik Frankie Yap. Kehadiran mereka mengeratkan lagi hubungan
dengan para penduduk Kampung Kopungit. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|