Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   8/20/2017 3:02:00 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Sep 22 - SAPP gesa Wisma Putra teruskan berdialog dengan Indonesia

SAPP gesa Wisma Putra teruskan berdialog dengan Indonesia

TENOM: Hubungan diplomatik dua hala khususnya dari segi persefahaman senibudaya kedua dua buah Negara berjiran diantara Malaysia dan Indonesia perlu diseriuskan serta dipertingkatkan secara berdialog mahupun perbincangan khusus yang melibatkan pengamal senibudaya termasuk para cendikiawan kedua dua Negara terbabit dalam usaha memadamkan pergeseran yang kian memuncak ketika ini

Adalah kerana sais penularan salah faham isu senibudaya ‘tarian pendet’ oleh rakyat Indonesia kononnya tarian itu dicuri kerajaan Malaysia semakin menebal malah sukar disangkal dalam keadaan sekarang.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah berkata demikian kepada Harian Ekspress pada Selasa sebagai mengulas isu tersebut sambil menggesa Wisma Putra dan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Senibudaya mencari jalan penyelesaian untuk meredahkan keadaan.

TARIAN PENDET….senibudaya yang menjadi kontriversi..

Beberapa minggu lalu, isu ‘tarian pendet’ dipercayai telah diekploitasikan oleh pihak tertentu yang mengaitkan Malaysia menjadi punca kemarahan rakyat Indonesia sehingga tercetus insiden beberapa tunjuk perasaan sambil melemparkan beberapa kenyataan kesat dan kempen ‘Ganyang Malaysia’.

Bukan setakat itu sahaja, sebaliknya bangunan kedutaan besar Malaysia diJakarta dikatakan telah dibaling batu dan telur busuk termasuk ancaman keselamatan kepada rakyat Malaysia yang berada dinegara itu dan juga para pelajar.

Selain itu, jalan Diponegoro Jakarta lantas terpampang amaran ‘sweeping orang Malaysia’ dimana satu sekatan jalanraya (bukan arahan pemerintah) diadakan dan mengusir rakyat Malaysia yang berada disitu.

Jimmy berkata, kerajaan Malaysia harus melihat situasi disana secara mendalam yang mengambilkira keselamatan rakyat yang berada dinegara itu termasuk para pelajar, tetapi segala tindakan ia harus dilakukan secara diplomatik bak kata pepatah ‘kalau menarik rambut dalam tepung…rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak’.

“ Semua pemimpin Negara ini harus menjauhi daripada kecenderungan mengkritik mana mana pihak termasuk wartawan, kerana jika berbuat demikian sudah pastilah akan mengeruhkan lagi keadaan, sebaliknya perundingan dan dialog perlu diteruskan,” jelas Jimmy.

“ Saya percaya bahawa bukan niat Negara ini untuk mencuri mahupun menceduk senibudaya milik Negara lain, sedangkan Malaysia juga kaya dengan senibudaya yang masih segar dan diminati pelancong Negara Negara maju,” tambah Jimmy lagi.

“ Setelah tercetus isu tersebut lantas saya mengikuti laporan pelbagai website dan mendapati ia bermula dari salah faham yang boleh ditakrifkan sebagai perkara kecil, dan besar kemungkinan kemarahan segelintir rakyat disitu bukan kehendak pemerintah Indonesia tetapi dicetuskan oleh beberapa kumpulan yang bencikan Malaysia” kata beliau.

Sementara itu, menurut sumber portal kompas.com (Indonesia) dan portal sabahkini.net melaporkan bahawa ‘tarian pendet’ berasal dari Bali dan dipromosi oleh ‘Discovery Channel’ Singapura kononnya satu kebudayaan milik Malaysia.

Hakikatnya, apa yang dinyatakan oleh ‘Discovery Channel’ Singapura telah menjadi api ‘kebencian’ golongan tertentu di Indonesia terhadap Malaysia.

Dengan ertikata yang lain, apapun penjelasan yang telah diberikan oleh Negara ini tidak diterima sebagai suatu kebenaran. Malahan golongan tertentu di Indonesia menuduh Malaysia sebagai cuba ‘menegakkan benang yang basah’ iaitu berdalih dan berselindung disebalik niat yang tidak ikhlas.

Oleh: Mail Mathew

 

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party