|

2009 Oct 25 - SAPP Likas Terima Ramai Ahli Baru
SAPP Likas Terima Ramai Ahli Baru
KOTA KINABALU, 25 Okt. 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) melangkah setapak ke
hadapan apabila ramai rakyat dari pelbagai suku kaum menyertai parti itu
walaupun berada di luar kerajaan.
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, permohonan
keahlian baru di Likas menunjukkan kekuatan dan pengaruh SAPP di bahagian
itu sentiasa kukuh.
“Parti UMNO baru-baru ini telah mendakwa 1,700 ahli SAPP di bahagian Likas
dan Sepanggar telah melompat menyertai mereka.
“Bukti nyata tidak diberikan dan sehingga ke hari ini dakwaan itu hanya
kosong belaka. Sebenarnya, laporan akhbar yang menyatakan dua atau tiga
ahli SAPP melompat menyertai UMNO hanyalah lakonan belaka,” katanya.
Bekas Ketua Menteri itu berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan 2009 tiga
cawangan di bahagian Likas yang diadakan di Kampung Likas Lama, di sini,
hari ini.
Pada mesyuarat itu seramai 25 orang diterima menjadi ahli baru SAPP.
Hadir sama Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Likas Datuk
Liew Teck Chan, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk
Eric Majimbun dan Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Dr.
Chua Soon Bui.
Turut hadir Naib Presiden Don Chin, Pembantu Bendahari Foo Fook Ming, Ahli
Majlis Tertinggi merangkap Ketua Jawatankuasa Pusat Perhubungan (CLC)
bahagian Tungku Suaib Mutalib dan Pengerusi cawangan Likas Lama Awang
Lamin Derahim.
Teck Lee seterusnya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan
Likas Lama kerana terus memberi sokongan serta bersama-sama berjuang
dengan SAPP menegakkan hak rakyat Sabah . |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|