|

2009 Oct 31 - SAPP Tenom gempur kekuatan BN
SAPP Tenom gempur kekuatan BN
Oleh: Mail Mathew
TANGGAPAN umum mengatakan perjuangan Parti Maju Sabah (SAPP) menjadi sia
sia kerana parti itu hilang fokus dan haluan selepas keluar daripada
gagasan Barisan Nasional (BN) tahun lepas adalah meleset, sebaliknya
sokongan dan pertambahan keahlian semakin meningkat dari masa ke semasa.
Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah berkata demikian dalam ucapan dasar
beliau dihadapan kira kira 500 perwakilan yang menghadiri masyuarat agung
tahunan SAPP bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabong
bertempat di Dewan terbuka YNL disini pada Sabtu.
Mesyuarat agung tersebut dirasmikan Presiden SAPP yang juga mantan Ketua
Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, yang turut dihadiri Naib
Presiden yang juga Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie Chong, ADUN
Luyang Melanie Chia, Ketua Pemuda Edward Dagul, AMT Richard Lee dan Joe
Yong.
Jimmy berkata, peningkatan sokongan rakyat terhadap perjuangan SAPP atas
kesedaran rakyat itu sendiri bahawa perjuangan berasaskan parti tempatan
satu satunya pilihan terbaik bagi mereka mendekatkan diri mereka kepada
matlamat perjuangan asal yang belum selesai sebelum ini.
Beliau berkata, apa yang dihajatkan rakyat adalah keinginan mereka untuk
melihat rakyat Sabah terus menikmati pembangunan yang maksima dan seimbang
agar setara dengan kemajuan yang telah dicapai dinegeri negeri
diSemenanjong.
“ Perjuangan SAPP adalah serius dan kita tidak mahu lagi ditaburkan beribu
ribu janji lagi sepertimana ketika SAPP masih dibelenggu kepimpinan BN
suatu ketika dulu…pemimpin pemimpin SAPP terutamanya Presiden bukan
menagihkan janji janji BN untuk kekayaan peribadinya…tetapi apa yang
diperjuangkan adalah untuk rakyat Sabah pada keseluruhannya…malangnya
permintaan SAPP ditolak..jadi, buat apa kita tunggu lagi dalam BN?” jelas
Jimmy.
Berdasar kegigihan kepimpinan SAPP itu kata Jimmy, beliau mengingatkan
ahli ahli SAPP agar tidak merasa gentar atau takut ketika memperjuangkan
dasar dan matlamat parti, kerana perjuangan SAPP adalah suatu perjuangan
yang ikhlas, telus dan komited untuk membela nasib rakyat yang semakin
tertindas ketika ini.
Sesungguhnya perjuangan Presiden SAPP ketika menjawat jawatan Ketua
Menteri Sabah didalam sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri lebih 10
tahun lalu iaitu ketika SAPP masih bersama BN, Jimmy dengan berterus
terang mengatakan bahawa banyak dasar dasar kerajaan yang tidak bermaya
dicergaskan termasuklah dasar pengurangan perjudian (4 digit) dinegeri ini,
dasar perhutanan dan pengujudan ‘Forest Management Unit’ lebih dikenali
pengurusan hutan mampan yang bertujuan memberi peluang kepada masyarakat
terpinggir diluar luar bandar mendapat tanah untuk pertanian.
Jimmy turut menggariskan beberapa keutamaannya dalam memajukan kawasan DUN
Melalap bakal dilaksanakan beliau sebaik sahaja diberi mandat oleh rakyat
dalam PRU ke-13 kelak, dimana antaranya ialah memesatkan pembangunan
ekonomi setempat, menstruktur semula fungsi dan tanggung jawab agensi
agensi kerajaan yang berhubungkait dengan perancang dan pelaksana
pembangunan khususnya JKKK supaya lebih menfokuskan sasaran yang sebenar
dan mengurangkan birokrasi kerajaan yang mengekang kelancaran pentadbiran.
“ Kita tidak mahu sepertimana yang berlaku janji pemimpin kerajaan BN
sebelum PRU ke-12 iaitu mewartakan pekan kecil Melalap, pembinaan jambatan
Binaie dan kegagalan menaiktaraf hospital Tenom…dan yang paling
menyedihkan pembinaan Pusat GiatMara terbengkalai yang memaksa pelajar
pelajarnya meneruskan pembelajaran dipusat yang disewa yang serba
kekurangan kelengkapan,” tegas Jimmy.
“ Bila kita tegur pemimpin pemimpin BN apa sebab hospital masih berkeadaan
daif menerusi media…mereka menjawab peruntukkan sudah lulus tetapi masalah
tapak belum tersedia…tetapi takkan masalah tapak memakan masa bertahun
tahun untuk disedia,” tambahnya lagi.
Akhir sekali Jimmy mengajak rakyat yang prihatin kepada masalah rakyat,
masalah maruah negeri ini dan inginkan kuasa autonomi politik dinegeri
dikembalikan, adalah lebih sesuai memilih perjuangan SAPP demi
kesejahteraan rakyat jelata. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|