Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   8/20/2017 4:11:23 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Nov 2 - SAPP GESA KERAJAAN BN TUNAIKAN JANJI WARTA PEKAN MELALAP

SAPP GESA KERAJAAN BN TUNAIKAN JANJI WARTA PEKAN MELALAP

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kemelut isu Pekan Kecil Melalap yang masih berterusan sehingga sekarang tidak mungkin ia tidak dapat diselesaikan jikalau ada kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk wakil rakyat terbabit membincangkan masalah tersebut secara bersemuka dengan pihak syarikat perladangan, yang semestinya lengkap dengan pelan cadangan untuk dirumuskan oleh kedua dua pihak.

TERKEJUT!!..wah sampai beginikah? kenapa tidak urus cepat?

“ Saya yakin syarikat perladangan terbabit akan melepaskan tanah yang dipinta keluarkan itu, jika dirunding dengan baik berdasarkan keperluan dan tanggung jawab korporat syarikat itu,” kata mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ketika melawat Pekan Kecil Melalap pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada Harian Ekspress ketika beliau singgah melawat Pekan Kecil Melalap dalam perjalanan balik ke ibukota daripada Pekan Tenom, dimana beliau telah meninjau secara lebih dekat sisa sisa frasarana bangunan termasuk sederet kedai yang telah daif yang ditinggalkan oleh empayar British dizaman kolonial lagi.

Yong yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) ketika mengulas tindakan kerajaan BN yang mengabaikan janjinya membangunkan serta mewartakan Pekan Kecil Melalap menyifatkannya sebagai suatu perkara yang mengecewakan masyarakat sekeliling disitu.

Apa tidaknya kata Yong lagi, lokasi Pekan Melalap amat sesuai dan merupakan kawasan yang strategik untuk meningkat ekonomi setempat kerana sudah mempunyai asas infratruktur sebagai pelengkap untuk menggerakan kegiatannya seperti landasan keritapi, pusat pusat pelancongan Pusat kebudayaan Murut, pusat air Terjun Ulu Sumbiling dan mungkin juga aktiviti ‘white water rafting Pegalan’ boleh dimajukan.

SUNYI SEPI!…begina je Pekan Melalap?

“ Sebenarnya, ketika SAPP masih berada dalam gagasan kerajaan BN…kita sudah buat berbagai perancangan bagaimana untuk memajukan kawasan Pedalaman, antaranya kita telah menubuhkan Majlis Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Pedalaman dimana ia melibatkan beberapa pakar ekonomi sebagai pengkaji kesesuaian untuk diterokai,” jelas Yong.

“ Malah ketika saya menjadi Ketua Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri ketika itu…saya telah mengujudkan pelabuhan darat atau Inland Port diTenom supaya semua barangan komoditi atau kayu kayan diangkut melalui perkhidmatan keritapi…dimana pedagang selesa kerana mendapat tambang murah…malangnya selepas itu ia berkubur begitu sahaja,” ujar beliau lagi.

Yong optimis bahawa semua ini masih belum terlambat dan masih boleh dilaksanakan dimana kepimpinan SAPP sudah memasukkan perancangan tersebut ke dalam agenda pembangunan SAPP dan akan dilaksanakan sebaik sahaja SAPP diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan baru selepas PRU ke-13 kelak.

Kepada satu soalan berhubung kelembapan kedatangan pelancong melawat pedalaman terutamanya pengisian acara di Pusat Kebudayaan Murut selepas Pesta Kalimaran Yong berkata:

“ Saya lihat ia bukan suatu masalah untuk diselesaikan asalkan pihak pihak tertentu kreatif dan mempunyai banyak ilham mengolahkan lebih banyak aktiviti kebudayaan mahupun pameran seniukiran diadakan dipusat itu yang sekurang kurangnya sebulan sekali…dan bukan sekadar mengharapkan pesta Kalimaran atau Pesta Kaamatan semata mata…dan selepas itu semuanya senyap,” tegas beliau.

DAHSYAT!!…beginilah pesaki bila hospital dilanda banji…salah siapa?

Yong yang terkenal dengan kreativiti mengolah idea cuba mencetuskan satu lagi cadangan yang agak baik dimana beliau mencadangkan agar kerajaan membina satu lagi jalanraya yang menghubungkan antara Pekan Melalap melalui Kg Pagansangon ke Pekan Membakut supaya para pelancong boleh menggunakan jalan tersebut terus ke Pekan Melalap dan seterusnya ke Pusat Kebudayaan Murut dan Taman Pertanian Lagud Sebrang.\

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party