|

2009 Nov 2 - SAPP akan bertanding 40 DUN termasuk Melalap dan Kemabong PRU Ke13
SAPP akan bertanding 40 DUN termasuk Melalap dan Kemabong
PRU Ke13
Oleh: Mail Mathew
TENOM, Nov 2, 2009: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong teck Lee
menegaskan bahawa parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding 40
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya umum (PRU) akan
datang ini, termasuk kawasan DUN Melalap dan Kemabong.
Katanya lagi, parti itu juga bersedia menimbang akan meletakkan calonnya
bagi kawasan kawasan DUN selebihnya sekiranya kawasan itu mencapai 70
peratus kemungkinan kemenangan memihak kepada SAPP.
Beliau berkata demikian dihadapan kira kira 500 orang perwakilan dan
pemerhati ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2009 untuk
kawasan DUN Melalap dan Kemabong bertempat diRestoran terbuka YNL pada
Sabtu.
Turut hadir dimajlis itu, Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong Yu Chee,
ADUN Luyang Melanie Chia, Ketua Pergerakan Pemuda SAPP pusat Edward Dagul,
Ahli Majlis Tertinggi Richard Lee dan Joe Yong.
Yong berkata, beliau kagum melihat sambutan rakyat yang semakin
menggalakkan dari masa ke semasa terhadap perjuangan SAPP meskipun parti
itu telah keluar daripada gagasan Barisan Nasional (BN) sejak September
2008, dimana sambutan itu datangnya dari kalangan pelbagai suku kaum dan
keturunan di negeri ini.
" Bermakna prinsip perjuangan SAPP sudah mendapat penerimaan daripada
pelbagai kesukuan dinegeri ini…meskipun selama ini ada dikalangan pemimpin
BN menyifatkan perjuangan SAPP hanya untuk masyarakat Cina, walhal SAPP
adalah sebuah parti berbilang bangsa," kata Yong.
" Sebenarnya perjuangan BN adalah berasaskan perkauman setelah parti parti
komponennya dikelompokkan melalui kesukuan seperti India, Melayu, KDM dan
Cina dimana prinsipnya lebih condong kepada taktik divide and rule seperti
yang kita lihat sekarang," tambah Yong lagi.
Mantan Ketua Menteri Sabah itu turut menjelaskan bahawa, antara sebab
sokongan rakyat yang terus melonjak ketika ini, adalah kerana rakyat telah
mula sedar bahawa hanya parti berasaskan tempatan yang boleh mengembalikan
hak dan maruah rakyat dinegeri ini dari segi keadilan dan kesakmaan
menikmati ekonomi yang lebih sihat dan seterus mengembalikan kuasa
autonomi politik dinegeri ini seperti suatu ketika dulu.
" Selain kelembapan pembangunan meluap luap…kelembapan ekonomi juga turut
menjunam terutamanya dari sektor pelancongan dan pembuatan…apa sudah
terjadi dengan wakil wakil rakyat disini…apakah masalah seperti ini mereka
tidak ambil perhatian…harus diingat peranan wakil rakyat perlu untuk
mengatasi masalah ini," tegas Yong.
" Dulu daerah ini ada pesta kopi selain pesta kalimaran dan pesta kaamatan…tetapi
pesta kopi perlu dihidupkan untuk meneruskan usaha mempromosi produk
tempatan yang memberi menfaat kepada petani khususnya penanam kopi…kenapa
diRanau masih ada pesta kobis..dan diKuala Penyu masih ada pesta
rumbia..apa bezanya?" tambahnya lagi.
Yong seterusnya memberi jaminan kepada rakyat bahawa SAPP akan merombak
segala kepincangan yang berlaku sekarang ini dan mampu melakukan yang
lebih baik sekiranya rakyat terus menyokong dan memberi mandat kepada
parti itu untuk membentuk kerajaan baru selepas memenangi PRU kali ke-13
nanti.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|