|

2009 Nov 3 - BN tidak tunai janji pilihanraya 2004 dan 2008
BN tidak tunai janji pilihanraya 2004 dan 2008
NABAWAN, 3 Nov 2009: Kerajaan Persekutuan jelas mengabaikan keperluan
kesihatan di Sabah selain gagal menunaikan janji kepada rakyat terhadap
projek pembangunan hospital di negeri ini.
Pembinaan hospital di daerah ini telah dua kali dijanjikan tetapi
malangnya tidak ditunaikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Timbalan Perdana
Menteri pada pilihanraya umum 2004 telah berjanji bahawa hospital akan
dibina di sini jika Barisan Nasional (BN) menang.
Janji itu tidak tertunai dan pada kempan pilihanraya 2008, BN sekali lagi
berjanji bahawa pembinaan hospital itu pasti direalisasikan tetapi tidak
menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.
Gabungan BN telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan
pada pilihanaya umum tahun lalu melalui Datuk Bobbey Suan yang kemudiannya
dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
Pada pilihanraya itu, BN juga berjaya mengekalkan kerusi Parlimen
Pensiangan melalui Tan Sri Joseph Kurup yang kini bergelar Timbalan
Menteri Sumber Manusia di Kuala Lumpur.
Malang berganda bagi Sabah dan penduduk Nabawan apabila Bajet 2010 tidak
menyenaraikan hospital daerah ini samada akan diteruskan atau sebaliknya
walaupun telah begitu lama dijanjikan.
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata,
janji kosong BN itu jelas menunjukkan Kuala Lumpur mengabaikan Sabah .
Katanya, para penduduk Nabawan sangat memerlukan sebuah hospital kerana
hospital daerah terdekat terletak di Keningau yang jauhnya kira-kira 70
kilometer.
Katanya, para penduduk Nabawan terpaksa mengambil masa 1 jam 30 minit
untuk disampai ke Keningau dan tidak mungkin dapat bertahan jika
melibatkan kes kecemasan seperti bersalin dan sebagainya.
“Bajet 2010 yang dibentangkan Najib memperuntukkan RM14.8 bilion atau
bersamaan dengan 14 ribu juta bagi sektor kesihatan tetapi hospital
Nabawan tidak ada dalam senarai samada akan dibina atau sebaliknya.
“ Lima buah hospital tersenarai samada akan dibina atau dinaiktaraf dan
semuanya terletak di Semenanjung Malaysia . Hospital itu terletak di Shah
Alam (Selangor), Bera (Pahang), Alor Gajah (Melaka), Kluang (Johor) dan
Tampoi (Johor).
“Apa yang menghairankan ialah Selangor adalah negeri yang diperintah
kerajaan Pakatan Rakyat tetapi dapat kemudahan itu manakala Sabah sebuah
negeri yang diperintah BN diketepikan.
“BN melebalkan Sabah sebagai Fixed Deposit (Simpanan Tetap) mereka tetapi
dianaktirikan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2009
gabungan cawangan bahagian Nabawan, dekat sini, pada hari ini.
Kemudiannya, Teck Lee melawat tapak cadangan hospital itu dan mendapati
papan tanda yang dipacak pada 2004 sudah lusuh.
Papan tanda itu menyebut “kami berbangga dapat berbakti kepada masyarakat
Nabawan melalui pembinaan hospital yang moden ini. Tidak lama lagi anda
akan menikmati kemudahan perubatan yang sentiasa anda perlukan di sini di
Nabawan”
Pada bahagian atas kanan papan tanda itu tertulis “Sebuah hospital yang
akan berbakti kepada masyarakat” .
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|