|

2009 Nov 3 - SAPP maklumi Najib krisis kesihatan Sabah
SAPP maklumi Najib krisis kesihatan Sabah
KOTA KINABALU, 3 Nov 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) akan merentangkan kain
pemidang memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang
dijadualkan melawat Sabah pada Ahad ini bahawa Kuala Lumpur mengabaikan
krisis kesihatan meruncing di negeri ini.
Kain pemidang itu berbunyi "Tolong Kembalikan Hospital Umum QEH ( Queen
Elizabeth Hospital ) Kepada Rakyat Sabah. Kenapa hanya Kluang, Bera, Shah
Alam, Alor Gajah, Tampoi dalam Bajet 2010?".
"SAPP berharap Najib akan segera menyelesaikan krisis itu kerana Bajet
2010 yang beliau bentangkan baru-baru ini tidak menyenaraikan samada
projek membina Menara Kembar menggantikan Blok Utama Hospital Umum QEH
yang disahkan tidak selamat sejak 5 November 2008 diteruskan atau
sebaliknya.
"Rakyat Sabah bertambah susah apabila kehilangan hospital rujukan tunggal
di negeri ini sejak itu manakala perkhidmatan kesihatan juga bertambah
teruk serta menjadi kelam kabut. Pemimpin (Barisan Nasional) Sabah gagal
menjalankan tugas kerana Kuala Lumpur masih belum lagi selesaikan masalah
itu.
"Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berasal dari
Sabah tetapi agak menghairankan apabila Bajet itu tidak senaraikan QEH
walaupun Kementerian Kesihatan bertanggungjawab memberi input kepada
Kementerian Kewangan tentang keperluan sektor kesihatan sebelum bajet
disediakan," Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata, dalam satu
kenyataan di sini, pada hari ini.
Katanya, kain pemidang dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Kadazan itu akan direntang di lima lokasi strategik yang menjadi laluan
Najib ketika melawat Sabah hujung minggu ini.
Katanya, Bajet 2010 itu memperuntukkan RM14.8 bilion bagi sektor kesihatan
termasuk kerja-kerja membina dan menaiktaraf hospital Kluang, Bera, Shah
Alam, Alor Gajah dan Tampoi.
Pit Fah berkata, rakyat Sabah terkejut kerana QEH tidak tersenarai dalam
Bajet itu walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Rosnah
serta pemimpin BN Sabah lain sedia maklum tentang krisis kesihatan di
negeri ini.
Beliau berkata, Pembantu Setiausaha Agung SAPP Foo Fook Ming telah
menghantar permohonan kebenaran merentang kain pemidang itu kepada Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Balai Polis daerah Kota Kinabalu di
Karamunsing pada pagi Selasa.
Katanya, SAPP bertindak demikian agar krisis kesihatan di negeri ini dapat
diselesaikan dengan seberapa segera dan tidak berhasrat menunding jari
atau menyalahkan mana-mana pihak kerana keperluan rakyat mesti didahulukan
sama seperti slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|