Bakal undang masalah: Peniaga

KOTA KINABALU, Nov 4, 2009: Kira-kira 100 penjual alat ganti dan komponen terpakai
kenderaan di Sabah tidak senang dengan rancangan drastik melarang import
alat ganti dan komponen terpakat ke negeri ini yang akan berkuatkuasa pada
pertengahan 2011.
Mereka harap Kerajaan tidak akan melaksanakan dasar
ini terutamanya di sabah di mana mereka dakwa terdapat ramai pemandu
berpendapatan rendah yang masih begantung kepada penggunaan alat dan komponen
tersebut yang lebih termampu.
"Jika tidak, ramai orang, penjual dan juga pemandu, akan berhadapan
dengan masalah besar...antaranya terdapat risiko seperti peningkatan kes
curi kereta kerana permintaan bagi alat ganti dan komponen seperti itu amat
tinggi terutamanya di Sabah di mana para pemilik kenderaaan kebanyakannya
berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli alat ganti atau komponen
baharu berjenama mahal," kata wakil mereka Don Chin dalam satu sidang
media di sini pada Selasa.
Chin, yang juga naib presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dan juga
pengarah
sebuah syarikat di Inanam terlibat dalam perniagaan berkaitan dengan kenderaan
komersial dan jentera berat yg disertai 15 penjual utama alat ganti dan
komponen terpakat yang lain di Sabah
Sebahagian daripada mereka juga terlibat dalam import dan eksport alat ganti
dan komponen terpakai.
Sesetengah penjual di Sabah telah berada dalam perniagaan alat ganti dan
komponen terpakai itu selama lebih 50 tahun, kata Chin, sambil menambah,
selama ini mereka tidak pernah mendengar kes kemalangan jalan raya di
Negeri ini yang berpunca daripada alat ganti atau komponen kenderaan yang........
"Tetapi kami dapati banyak kemalangan
berlaku disebabkan keadaan jalan
yang tidak begitu baik di Sabah. Itulah kenapa Jabatan Kerja Raya di sini
meluluskan muatan lori sehingga 20 tan sahaja sedangkan di semenanjung
sehingga 24 tan, bermakna jalan raya kita tidak begitu baik," katanya.
"Di Sabah permintaan alat ganti dan komponen terpakat kenderaan adalah
besar kerana ia lebih termampu berbanding alat ganti baharu .... Sebagai
contoh, kotak gear automatik bagi sebuah kereta Honda, harga bagi yg
terpakat hanya kira-kira RM5,000 jadi terdapat banyak perbezaaan di situ,"
katanya.
Lagipun, katanya , kakitangan Kerajaan di Sabah juga
lebih suka kepada
alat ganti dan komponen terpakai yang lebih murah dan termampu selain daripada
sektor lain.
Chin berkata, Kerajaan juga perlu adil kepada mereka yang mengendalikan
perniagaan tersebut dan telah melabuh berjuta-juta ringgit.
"Ada antara mereka yang baru sahaja meminjam wang dari institusi kewangan
untuk meluaskan perniagaan...jadi bagaimana mereka boleh bayar balik
pinjaman itu dalam jangka masa sesingkat itu jika Kerajaan mahu menutup
perniagaan mereka dalam masa satu tahun setengah sahaja lagi?" tanya beliau.
Beliau berkata, Kerajaan sepatutnya membuat kajian terhadap kesannya
terhadap rakyat dan mereka yang terlibat dalam perniagaan itu sebelum
memperkenalkan dasar drastik seperti it.
|