|

2009 Nov 5 - SAPP Nabawan: Tunaikan janji bina hospital Nabawan!
Tunaikan janji bina hospital Nabawan!
Kota
Kinabalu, Nov 5, 2009: Kami
mewakili CLC SAPP Nabawan dan rakyat daerah Nabawan ingin
menyampaikan rasa kesal dan dukacita kami kepada YAB Perdana Menteri
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak atas kegagalan YAB Perdana Menteri
menunaikan janji BN untuk membina sebuah hospital daerah Nabawan
yang telah diumumkan pada tahun 1999.
Rakyat Nabawan amat terkilan dan amat kecewa setelah melihat dan
mendengar pembentangan bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri selaku
Menteri kewangan di Parlimen baru-baru ini bahawa peruntukan bagi
pembinaan hospital dan pusat kesihatan sebanyak RM14.8 billion yang
diumumkannya tidak langsung ada termasuk hospital daerah Nabawan,
kecuali di Kluang, Bera, Shah alam, Alor gajah dan Tampoi.
Bagi rakyat Nabawan yang jauh dari Hospital daerah Keningau lebih
kurang 75 Kilometer masih ternanti-nanti hospital yang dijanjikan.
BN setiap kali pilihanraya mengulangi janji seperti yang berlaku
pada pilihanraya 2004, pada ketika itu sebuah papan tanda didirikan
di tapak cadangan pembinaan hospital meyatakan "rakyat Nabawan akan
menikmati sebuah hospital yang moden." Demikian juga pada tahun 2008
sekali lagi BN berjanji untuk membina hospital berkenaan tetapi
sehingga hari ini tiada tanda-tanda pembinaan dimulakan. Apa yang
ada ialah sebuah papan tanda pembinaan hospital yang sudah usang.
Dengan ketiadaan peruntukan dalam bajet 2010 membuktikan bahawa
wakil rakyat DUN dan ahli Parlimen Pensiangan telah gagal membawa
suara rakyat Nabawan untuk menuntut keadilan pembangunan di kawasan
tersebut lebih-lebih lagi janji janji piliharaya yang tidak
dikotakan. BN hilang kredibiliti untuk membangunkan rakyat diluar
bandar. Kita sudah merdeka selama 46 tahun tetapi masih dipermainkan
tipu helah politik oleh Kuala Lumpur. Kawasan Nabawan dan Pensiangan
masih jauh ketinggalan pembangunan infrastuktur, masyarakat kita
masih dalam belenggu kemiskinan dan jauh ketinggalan dari serba
serbi social ekonomi.
Slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan
hanya slogan yang retorik dan tidak bermakna bagi kita di Pedalaman
jika janji hanya tinggal janji, tiada kesungguhan dan keazaman
politik, ketidak-adilan pembangunan, kemiskinan berterusan dan
kemudahan asas diabaikan.
Kami merayu kepada YAB Perdana Menteri kotakan janji BN untuk
mendirikan sebuah hospital daerah Keningau yang telah diumumkan oleh
beliau sendiri di SMK Nabawan pada masa menjelang pilihanraya tahun
1999.
Oleh CLC SAPP Nabawan |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|