SAPP alu-alukan kenyataan Sairin bina hospital Nabawan
tetapi bila?
KENINGAU,
Nov 7, 2009: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah (gambar),
menyambut baik kenyataan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
Datuk Sairin Karno baru baru ini, yang mengumumkan bahawa kerajaan Barisan
Nasional (BN) akan memesatkan pembangunan dikawasan pedalaman termasuk
pembinaan hospital Nabawan yang dinanti nantikan rakyat selama ini dan
berharap akan menjadi kenyataan.
Katanya, beliau berharap janji janji tersebut bukan berbentuk kata kata 'rethorik'
lagi kerana kenyataan Sairin itu tidak menyatakan bila pembangunan itu
akan dilaksanakan dan dibawah rancangan ke berapa.
"Kita tidak mahu melihat rakyat terus dimandikan dengan janji janji kosong
oleh pemimpin kerajaan BN…kerana janji membina hospital Nabawan pada tahun
1994 sudah cukup menyakitkan hati rakyat disini," kata beliau dalam satu
kenyataan disini pada Sabtu.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Pensiangan dan Tenom berkata demikian
ketika mengulas kenyataan Sairin baru baru ini, yang mengatakan kononnya
beberapa projek pembangunan akan dilaksanakan dikawasan pedalaman seperti
pembinaan sekolah baru, Institusi Pendidikan dan hospital Nabawan, yang
memakan perbelanjaan kira kira RM200 juta keseluruhannya.
"Kita menyokong apa sahaja pembangunan yang dilakukan kerajaan asalkan
perancangan projek itu teratur dan memberi menfaat kepada rakyat…tetapi
jangan seperti apa yang berlaku dengan bangunan terminal bas dekat
Perpustakaan yang memakan kos pembinaan melebehi RM1 juta…namun belum
sempat digunakan sepenuhnya dirobohkan diganti dengan projek lain…bermakna
perancangan tidak teratur," tegas Jimmy.
"Kita tidak pasti bagaimana projek yang dimaksudkan Sairin boleh
dilaksanakan sedangkan dalam bajet 2010 baru baru ini..hospital Nabawan
tidak tersenarai…tetapi itu tidak penting asalkan ia betul betul dapat
dilaksanakan tahun depan," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Jimmy turut merasa kesal terhadap kelembapan SESB
melaksanakan tanggung jawab mereka dari segi pembekalan tenaga elektrik di
daerah kecil Pagalungan yang dikatakan tidak terurus dengan sempurna
sepertimana yang diluahkan Penolong Pegawai Daerah disitu baru baru.
"Kita berharap pihak SESB bertindak proaktif dalam membetulkan kepincangan
disitu dalam kadar segera…kita bukan mempolitikkan masalah itu tetapi kita
prihatin tentang apa yang diluahkan Pegawai itu dimana mereka seolah olah
berada diluar dunia…tak dapat lihat televisyen..faksimile tidak berfungsi
disebabkan tiada bekalan elektrik," jelas Jimmy.
|