Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   6/23/2017 6:51:08 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Nov 9 - KL Perlu Tolak Ansur Terhadap Sabah

KL Perlu Tolak Ansur Terhadap Sabah

Yong Teck Lee menerima borang permohonan keahlian daripada Mohamad Sidik bagi bahagian Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Tanjung KaporKUDAT, 9 Nov 2009: Kuala Lumpur perlu tolak ansur terhadap Sabah dan tidak seharusnya memaksa rakyat negeri ini menerima projek pembangunan memudaratkan seperti loji janakuasa arang batu.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, Sabah sudah terlalu lama serta sering bertolak ansur dengan Kuala Lumpur dalam semua perkara terutamanya melibatkan minyak.

"Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sebagai Menteri FELDA beliau berkuasa meluluskan pembinaan loji janakuasa arang batu di FELDA Sahabat dekat Lahad Datu apabila rakyat Sabah di Lahad Datu dan Sandakan menolak loji itu menunjukkan rakyat negeri ini dipaksa menerima projek memudaratkan itu.

"Beberapa lagi kenyataan beliau bahawa rakyat Sabah perlu bertolak ansur dan hanya loji seperti itu saja sesuai untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga di negeri ini tidak boleh diterima sama sekali," kata bekas Ketua Menteri itu.

Yong Teck Lee menunjukkan poster mengandungi lambang SAPP serta simbol pangkah kepada para penyokong agar mudah bagi mereka mengundi parti itu pada pilihanraya akan datangBeliau berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan 2009 gabungan cawangan-cawangan SAPP bahagian Tanjung Kapor, di sini, hari ini.

Teck Lee berkata, Kuala Lumpur sepatutnya bertolak ansur dan membenarkan Sabah menggunakan sebahagian daripada gas asli negeri ini untuk membina loji janakuasa gas asli kerana lebih menjimatkan, mesra alam dan tidak memudaratkan.

Katanya, penduduk di Lahad Datu dan Sandakan menolak loji janakuasa arang batu daripada dibina di Silam atau Seguntor kerana loji seperti itu mengundang pelbagai penyakit selain mencemar alam sekitar.

Beliau berkata, bekalan arang batu juga perlu diimport dari negara luar seperti Indonesia dan tidak ada kepastian bekalan sentiasa ada manakala harga komoditi itu pula sering berubah dipasaran antarabangsa.

Katanya, loji janakuasa gas asli lebih murah dan sesuai jika dibina dimana-mana saja di negeri ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan tenaga meruncing di Sabah .

Katanya, Sabah adalah pengeluar utama gas asli dan tidak ada sebab loji janakuasa gas asli tidak boleh dibina di negeri ini.

Katanya, apa yang menyedihkan ialah semua gas asli Sabah disalurkan dari Kimanis ke Bintulu, Sarawak untuk diproses Petronas dan seterusnya dieksport ke luar negara seperti Jepun dan Amerika.

Laporan terbaru media menyatakan berjuta meter padu gas asli itu akan dieksport ke China selepas Petronas dan satu pihak dari negara itu memeterai perjanjian jual beli baru-baru ini, katanya.

"Sabah adalah negeri paling miskin di negara ini dan dihantui pelbagai masalah seperti bekalan letrik, air, jalan raya, sekolah, kesihatan, pendatang asing tanpa izin dan bermacam-macam lagi tetapi malangnya tidak dibenar menggunakan sebahagian kecil gas asli sendiri malahan dipaksa menerima projek memudaratkan," katanya.

Katanya, Kelantan, sebuah negeri yang dikuasai pembangkang selama 19 tahun tidak semiskin Sabah malah tidak menghadapi pelbagai masalah seperti di negeri ini.
 

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party