|

2009 Nov 9 - Sifat kenyataan Dompok tepat berhubung penerbitan Kristian
Sifat kenyataan Dompok tepat berhubung penerbitan Kristian
TENOM: Timbalan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Gereja Roman Katholik
disini Jimmy Jawatah menyifatkan kenyataan Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok
berhubung kebebasan guna penerbitan Kristian adalah wajar dan perlu
diambil perhatian serius pihak kerajaan.
Katanya, beliau turut mencadangkan pihak kerajaan dan juga Majlis gereja
gerja Kristian dinegara ini agar majlis forum kebangsaan kedua dua pihak
kerap diadakan untuk merumuskan sebarang percanggahan perkara yang
melampaui dasar dasar kerajaan.
"Kita memerlukan keterbukaan kedua dua pihak berhubung istilah istilah
yang diharamkan kerajaan dimana telah pun menjadi kes di Mahkamah ketika
ini…sebaliknya pertikaian itu dibincang menerusi forum kedua dua pihak
kelak," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada isnin.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pengerusi CLC
SAPP Tenom dan Pensiangan berkata demikian ketika mengulas kenyataan
Dompok baru baru ini, yang meminta kerajaan supaya mengembalikan kebebasan
guna penerbitan Kristian yang mana ianya telah diharamkan kerajaan sebelum
ini.
"Saya percaya penerbitan risalah mingguan Kristian itu akan dapat
memperkukuhkan lagi kepercayaan rakyat yang beragama Kristian tentang
dasar dasar kerajaan terutamanya dari aspek perpaduan dan juga prinsip
kesetiaan kepada Negara sepertimana yang terkandung dalam Rukun Negara,"
kata beliau.
"Kita hendaklah kembali kepada persefahaman asal seperti yang termaktub
didalam Perlembagaan Persekutuan…dimana Islam merupakan agama rasmi Negara
ini, tetapi rakyat juga bebas memilih agama dan kepercayaan kesukuan
masing masing," tambah Jimmy lagi.
Seperti apa yang disentuh Dompok berhubung penghinaan atau memperlekehkan
agama lain dinegara ini Jimmy berkata, teras Rukun Negara iaitu
Kepercayaan Kepada Tuhan cukup memberikan asas pengertian bahawa apa pun
agama yang dianutinya adalah melarang kepada segala bentuk penghinaan,
sebaliknya hendaklah dibaluti dengan penuh kesetiaan.
"Perkataan "Allah" dalam Kitab Kitab Injil yang salah satu versa dalam
pertikaian kerajaan… mahu pun ketika sidang mingguan Kristian berlangsung
sudah berlaku sejak turun temurun…mungkin beribu tahun dahulu dan
masalahnya ia hanya berlaku dinegara ini dan sukar dapat dfahami," tegas
beliau lagi.
Oleh: Mail Mathew
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|