|

2009 Nov 10 - PEMBINAAN HOSPITAL BARU NABAWAN: MANA YANG BETUL?
Pembinaan hospital baru Nabawan: Mana yang betul?
KENINGAU: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah mempertikai
penjelasan Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berhubung
pembinaan hospital Nabawan yang bercanggah dengan kenyataan Pegawainya
yang dipercayai sebagai janji kosong dan seolah olah ia satu sandiwara
untuk mengaburi mata rakyat Pensiangan.
Katanya, beliau tidak faham kerana dalam satu kenyataan baru baru ini
Kurup berkata tapak hospital baru telah dikenalpasti dan hanya menunggu
peruntukkan, manakala dipihak lain Pegawai Perhubungannya Empir Andingos
berkata projek tersebut telah di ‘tender’.
"Kita keliru dengan kenyataan tersebut yang mana satu daripadanya yang
betul…atau apakah ini satu lagi sandiwara politik dalam usaha mereka
membohongi rakyat yang ketika ini teringin sangat melihat pembinaan
hospital baru itu akan menjadi kenyataan," kata beliau dalam satu
kenyataan disini pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Kurup yang juga
Timbalan Menteri Persekutuan yang menyatakan baru baru ini bahawa tapak
hospital sudah tersedia dan dikenalpasti malah hanya menunggu peruntukkan
diluluskan.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC Nabawan dan Melalap berkata, beliau meminta
pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Tan Sri Kurup supaya memberi
harapan yang tulin kepada rakyat Pensiangan dalam menjanjikan sesuatu
pembangunan untuk rakyat disitu terutamanya pembinaan hospital baru,
dimana rakyat sudah muak dengan janji janji kosong yang pernah ditaburkan
sebelum ini.
Dalam pada itu, Jimmy turut mempertikaikan kenyataan Empir Andingos
seorang Pegawai Kurup yang mengaitkan masalah dalaman yang melanda MCA
sebagai punca kelewatan pelaksanaan pembinaan hospital disitu kerana
Menteri Kesihatan yang juga pemimpin kanan MCA kononnya sebok..
"Apakah relevannya masalah pembinaan hospital dengan krisis MCA? Kalaulah
benar pembinaan hospital itu sudah di tender seperti yang didakwa Empir…proses
itu sudah melepasi di peringkat dasar dan kini diperingkat pelaksanaan…so,
saya tidak fakir ia ada kaitan lagi dengan Menteri terbabit dengan masalah
krisi MCA," soal Jimmy lagi.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|