|

2009 Nov 17 - SAPP Nabawan gesa pemimpin PBRS jangan angkuh
SAPP Nabawan gesa pemimpin PBRS jangan angkuh
NABAWAN, Nov 17, 2009: Naib Pengerusi CLC Parti Maju Sabah (SAPP) kawasan
Nabawan Alexius Mangka 50(gambar), menyelar kenyataan Ketua Pegawai
Perhubungan Parlimen Pensiangan Vincent Lee yang disifatkannya penuh
dengan keangkuhan dan kerana itu mendorong beliau enggan menerima
pandangan mahupun teguran rakyat Pensiangan berhubung isu hospital baru
disini.
Katanya, disebabkan rakyat sudah terlalu bosan menunggu pembinaan hospital
baru itu sejak lebih 10 tahun lalu, maka rakyat dan pembangkang berhak
menyuarakan tagihan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya ia
dilaksanakan seperti yang dijanjikan.
"Kita tidak mahu pemimpin BN termasuk Vincent atau Kurup memasang harapan
palsu kepada rakyat dengan dendangan lagu popular ditahun 70an..Tinggi
Gunung Seribu Janji…tetapi hanya satu hari sahaja…dan selepas itu,.
semuanya dilupakan," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Selasa.
Beliau berkata, berdasarkan kenyataan Vincent itu yang dipercayai
dilakukannya secara tergesa gesa tanpa usul periksa terlebih dahulu,
adalah lebih baik pemimpin tempatan BN dan anak watan Nabawan yang
berkewibawaan menerajui jawatan itu, kerana hanya cara sedemikian
kesulitan rakyat Pensiangan dari segi pembangunan dapat difahami dan
ditangani dengan tepat.
Alexius seterusnya menasihatkan Vincent agar tidak sekali kali menidakkan
suara teguran pembangkang kepada kerajaan apa lagi menyifatkannya sebagai
bersuara untuk meminta simpati dan meraih sokongan rakyat, kerana
pembangkang juga mempunyai peranan lain untuk menentukan hala tuju
pentadbiran Negara diuruskan dengan betul.
"Mantan Perdana Menteri Tun M juga pernah berkata bahawa Negara ini masih
memerlukan pembangkang dalam menegakkan pemerintahan demokrasi yang betul
dan berkesan…tetapi Tun M tidak pula berkata bahawa suara pembangkang
hanya untuk meraih simpati politik," tegas Alexius lagi.
"Saya mencabar Kurup agar menjelaskan kepada rakyat Pensiangan sama ada
kerajaan BN berminat membina hospital baru itu atau tidak…dan jika BN
serius untuk membinanya..sila juga nyatakan bila akan dimulakan supaya
rakyat tidak perbodohkan dengan janji janji kosong itu lagi atau kosongkan
sahaja kerusi Parlimen Pensiangan jika gagal…. lagi senang," tambah beliau
lagi.
Bagaimana pun Alexius menolak andaian sesetengah pihak khususnya pemimpin
BN daripada PBRS yang menuduh pembangkang mengeksploitasikan isu hospital
itu untuk tujuan meraih sokongan politik daripada rakyat, tetapi
sebaliknya isu tersebut adalah jelas sebagai kenyataan yang sahih dikaca
mata rakyat itu sendiri.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|