|

2009 Nov 19 - K'jaan harus bertindak segera ubah suai peraturan strata title
K'jaan harus bertindak segera ubah suai peraturan strata title
KOTA KINABALU, Nov 19, 2009: Kerajaan harus bertindak segera untuk
mengubah suai peraturan strata tittle bagi memastikan pemilik kedai dan
rumah mendapat pembelaan yang adil serta dapat mengeluarkan geran
pemilikan "subsidiary tittle" dalam tempoh masa yang singkat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan berkata,
setakat ini terhadap masih ramai pemilik kedai dan rumah belum mendapat
strata tittle lebih daripada 25 tahun hingga 30 tahun.
"Kebanyakan daripada pemilik rumah flat, apartmen, kompleks kedai
perniagaan dan kondominium merasa risau kerana mereka hanya memegang surat
perjanjian jual beli daripada pemaju," katanya ketika membahaskan Bajet
Negeri 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.
Liew berkata, jika sekiranya pihak pemaju ada sebarang masalah, maka
pemilik harta berkenaan akan menanggung risiko yang amat besar sebab pihak
pemaju tidak dapat mengeluarkan strata tittle sedangkan ia adalah
tanggungjawab pihak pemaju.
Beliau juga ingin tahu mengenai perkembangan dan status pelaksanaan
peraturan pengeluaran subsidiary tittle kepada pemilik yang sudah lama
menanti.
Katanya, selagi kelewatan pengeluaran strata tittle selagi itulah pihak
pemilik bangunan masing-masing diwajibkan untuk membayar yuran pengurusan.
" Dalam pada itu, kita merasa curiga mungkin sebab-sebab mengapa pihak
pemaju tidak dengan cepat mengeluarkan subsidiary tittle ialah ingin
meneruskan keuntungan memungut yuran pengurusan daripada pemilik bangunan
dengan kadar yang ditetapkan oleh mereka," katanya.
Liew berkata, jika inilah niat mereka (pemaju) ia amat tidak adil kepada
pemilik bangunan," katanya.
Beliau berkata, Kerajaan sepatutnya ada peraturan dan syarat dalam
perundangan terhadap perkara itu dan termasuklah garis panduan dan
peraturan dalam menentukan kadar yuran pengurusan terhadap sesuatu bentuk
bangunan kediaman bertingkat dan lot premis perniagan dalam kompleks
memberi belah.
"Kita tidak seharusnya membiarkan pihak pemaju seweneng-wenwngnya
menentukan kadar yang tidak munasabah," katanya.
Apa yang penting katanya, ialah tempoh masa untuk mengeluarkan subsidiary
tittle kepada individu pemilik harus ditetapkan selepas perjanjian jual
beli ditangatangani.
NST
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|