Ucapan perbahasan baget 2010 - YB Datuk Liew Teck Chan
Tuan Speaker,
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas usul
Belanjawan 2010. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan
bahawa wang rakyat yang akan dibelanjakan pada tahun 2010 dapat
dimanafaatkan sepenuhnya kepada kumpulan sasaran dan segenap lapisan
masyarakat secara keseluruhannya. Sebarang pembajiran, penyelewengan, dan
ketidak telusan dalam pelaksanaan program pembangunan akan memudaratkan
harapan dan hak rakyat untuk menikmati keselesaan dan kenikmatan hidup
yang lebih sempurnah.
Saya ingin membawa perhatian Dewan Yang mulia ini bahawa masalah Strata
tittle di Sabah masih belum mendapat apa-apa penyelesaian. Kerajaan harus
bertindak segera untuk mengubah suai peraturan strata tittle bagi
memastikan bahawa pemilik kedai dan rumah dapat pembelahan yang adil serta
dapat mengeluarkan geran pemilikan ‘subsidary tittle’ dalam tempuh masa
yang tidak berpanjangan, setekat hari ini terdapat masih ramai pemilik
kedai dan rumah belum dapat strata tittle lebih daripada 25tahun – 30
tahun.
Kebanyakan daripada pemilik rumah flat, apartmen, komplek kedai perniagaan
dan kondominium merasa risau kerana mereka hanya memegang surat Perjanjian
Jual Beli daripada Pemaju. Jika sekiranya pihak pemaju ada sebarang
masalah
maka pemilik harta berkenaan akan menanggung risiko yang
amat besar sebab pihak pemaju tidak dapat mengeluarkan strata tittle
walhal itu adalah tanggungjawab pihak pemaju.
Saya ingin mengimbas kembali beberapa kejadian berhubung kait dengan hal
yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
beberapa tahun lalu. Kalau tidak silap saya pada bulan mei 2003, Menteri
Kerajaan Tempatan da Perumahan telah menyatakan dalam ucapan nya sempena
perasmian Sabah Subsidiary Tittle Conference 2003 bahawa kerajaan negeri
akan meminta untuk mengubahsuai Peraturan Strta Tittle apabila siding
Dewan negeri diadakan dalam tempoh terdekat. Pengubah-suaian peraturan itu
akan meliputi bangunan kediaman bertingkat, bangunan kedai runcit dan
perdagangan bertingkat yang berkonsepkan subsidiary title.
Pada Jun 2004, dalam satu dialog bersama dengan Pembantu Menteri Kerajaan
Tempatan dan Perumahan, telah dinyatakan bahawa kerajaan negeri mengambil
perhatian tentang keperluan untuk mengwujudkan satu badan Lembaga Strata
Tittle untuk mengurus aduan-aduan dari pemilik rumah dan penghuni apartmen.
Sehubungan dengan hal itu, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian
yang berkenaan apakah perkembangan dan status pelaksanaan peraturan
pengeluaran subsidiary tittle kepada pemilik yang sudah lama menanti dan
apakah kesudahannya.
Selagi kelewatan pengeluaran strata tittle selagi itu lah
pihakpemilik-pemilik bangunan masing-masing diwajibkan untuk membayar
yuran pengurusan/management fees.
Dalam pada itu, kita merasa curiga bahawa mungkin sebab-sebab mengapa
pihak pemaju tidak dengan cepat mengeluarkan subsidiary tittle ialah ingin
meneruskan keuntungan memungut yuran pengurusan daripada pemilik banugunan
dengan kadar yang ditetapkan oleh mereka. Jika inilah niat mereka maka ia
amat tidak adil kepada pemilik bangunan.
Saya rasa bahawa kerajaan sepatutnya ada peraturan-peraturan dan
syarat-syarat dalam perundangan terhadap perkara ini dan termasuklah garis
panduan dan peraturan dalam menentukan kadar yuran pengurusan/management
fees terhadap sesuatu bentuk bungunan kediaman bertingkat dan permisis
lot-lot perniagaan dalm komplek membeli bela. Kita tidak seharusnya
membiarkan pihak pemaju sewenang-wenangnya menetukan kadar yang tidak
munasabah. Dan yang paling penting ialah tempoh masa untuk mengeluarkan
Subsidiary tittle kepada individu pemilik harus ditetapkan selepas
perjanjian jual beli ditanda tangani. Pada pemilik yang menghadapi
berpuluh tahun tidak dapat subsidiary tittle siapa lagi yang dapat
membantu mereka kalau bukan pihak berkuasa dalam kerajaan.
Tuan Speaker,
Pada bulan Julai 2009, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
telah mengumumkan didalam surat akhbar bahawa DBKK tidak lagi mengeluarkan
permit baru untuk struktur papan tanda/iklan di dalam kawasan perniagaan
komersial bandaraya. Tindakan ini timbul berikutan kenyataan YAB Ketua
Menteri menggesa supaya DBKK mengkaji jumlah bilangan papan-papan tanda
iklan dalam kawasan bandaraya. Tindakan tersebut diterima baik oleh
masyaratkat umum, akan tetapi pada hari ini nampak-nampaknya bukan
berkurangan tetapi bertambah pula jumlahnya khususnya pemasangan
struktur-sturktur yang besar di kawasan stratigek mengakibatkan penghalang
kepada pemandangan keindahan suasana bandaraya Kota Kinabalu dan ia juga
akan mengundang kemalangan jika kedudukan pemasangan papan iklan yang
tidak sesuai. Jangan sampai bandaraya Kota Kinabalu digelar sebagai
billboard town. saya ingin juga minta penjelasan daripada pihak yang
berkenaan berapakah pendapatan yang boleh diperolehi oleh DBKK melalui
papan-papan iklan ini pada setiap tahun dan berapa yang dimiliki oleh DBKK
sendiri dan berapa buahkah yang di swastakan?
Tuan Speaker,
Saya ingin minta penjelasan daripada Menteri Pembangunan Infrastuktur
mengapakah ada perbezaan ketara dalam perkara muatan kenderaan perdagangan
“Lori” iaitu “berat pada perlesenan” di antara Semenanjung Malaysia dan
Sabah/Sarawak?
Saya ingin member contoh, Sijil Timbang berat oleh JPJ.
1. Jenis kenderaan dan berat pada perlesenan Lori Rigid –
Dumper atau Tipper Nissan CW520 mempunyai 6x4 Tayar, berat dengan muatan
(BDM) di Semenanjung 24,000 Kg dan berat dengan muatan (BDM) di negeri
Sabah hanya 21,000 Kg sahaja. Maksudnya, perbezaan ketara dalam perkara
muatan kenderaan perdagangan di Sabah ialah 3,000 kg kekurangan.
2. Lori Rigid – Dumper atau Tipper Nissan CW631G mempunyai 6x4 tayar,
Berat Gabungan Kasar (BGK) di Semenanjung ialah 43,000 kg, di negeri Sabah
hanya 21,000 kg sahaja. Maksudnya, perbezaan ketara dalam perkara muatan
kenderaan perdagangan di Sabah adalah 3,000 kg kekurangan.
Saya dimaklumkan bahawa perbezaan ketera muatan Lori ini disebabkan
kualiti jalanraya serta jambatan di Semenanjung lebih baik standardnya
daripada Sabah, kalau ini benar kenapa jalanraya-jalanraya dan
jambatan-jambatan negeri sabah dibiarkan dengan kualiti yang rendah,
kenapa tidak menaikan taraf standard itu sama seperti di Semenanjung
supaya tidak ada perbezaan muatan diantara Sabah dan Semenajung. Kapasiti
lori yang sama dengan muatan yang sama.
Dengan menaikan kualiti jalanraya maka pengusaha lori-lori dapatlah
memuatkan barangan mengikut timbang berat jenis lori yang ditetapkan.
Tuan Speaker,
Saya juga ingin menyentuh Jalanraya Kimanis-Keningau yang menjadi laluan
utama kenderaan daripada Kota Kinabalu ke
Keningau dan Tenom. Kita sedia maklum bahawa jalanraya tersebut adalah
jalanraya berbukit bukau, curam dan tinggi bukitnya. Terdapat banyak
kereta-kereta mengalami kepanasan injin terutama sekali
kenderaan-kenderaan kecil dan ada juga injin kereta terhangus atau
terbakar. Dan seringkali juga terdapat kemalangan jalanraya berlaku.
Saya cadangkan kepada Kementerian Pembangunan Infrastuktur supaya dapat
menyediakan peruntukan untuk mengubahsuai jalanraya berkenaan supaya dapat
merendahkan lagi bukit-bukit yang tinggi ke suatu paras yang sesuai untuk
kegunaan kenderaan berbagai jenis kapasiti.
Tidak guna ada jalanraya jika ia tidak sesuai untuk digunakan dengan
selesa dan mengundang berbagai permasalahan kepada pengguna. Saya harap
jalanraya ini akan dapat di ambil tindakan yang segera oleh pihak
berkenaan.
Sekian terima kasih.
|