|

2009 Nov 22 - Pemuda SAPP Tenom gesa Majlis Daerah Tenom tangani masalah siber cafe
Pemuda SAPP Tenom gesa Majlis Daerah Tenom tangani
masalah siber cafe
TENOM,
Nov 22, 2009: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC
Melalap Flavius Robert 35,(gambar) menggesa pihak Majlis Daerah disini
agar berpendirian tegas dalam menangani masalah siber café yang dikatakan
sukar dikawal kerana keujudannya berlambak bagaikan cendawan tumbuh
diwaktu hujan malah mereka (pengusaha) tergamak mengingkari jadual masa
beroperasi yang sepatutnya bermula jam 9 pagi.
Katanya, Pemuda SAPP memandang serius kejadian tersebut lebih lebih lagi
perilaku yang tidak menghormati garis panduan kerajaan, dan sudah tentulah
pihak Majlis tidak lagi boleh berlembut, jika tidak masalah sosial akan
bertambah serius dan berterusan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Ahad sebagai
mengulas laporan media yang mengatakan terdapat siber café disini, yang
tidak mematuhi jadual masa beroperasi yang sepatutnya bermula jam 9 pagi
setiap hari tetapi sebaliknya siber terbabit memulakan operasinya jam 8
pagi.
Isu tersebut ditimbulkan hadirin yang menghadiri perbincangan bulanan meja
bulat diantara Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat yang juga Ketua Pemuda
Umno disini Jamawi Jaafar pada minggu lepas, yang turut dihadiri Pegawai
Daerah Siriman Basir dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom Wolfred
Maaruf Gentiu.
Flavius berkata, ada keperluan pihak majlis mengenakan tindakan yang lebih
tegas dalam isu tersebut kerana ia bukan sahaja menjadi masalah sosial
dikalangan remaja, tetapi telah turut membabitkan masa depan pelajar
pelajar sekolah yang lebih terdorong kepada sesuatu permainan ‘game’
disiber.
"Kita sering dapat melihat pelajar pelajar berduyun duyun ke siber dengan
pakaian seragam sekolah ketika selepas sahaja sesi pagi…dan kadangkala ada
juga pelajar yang datang awal sebelum jam 8 pagi mengintai di siber kalau
kalau dibenarkan masuk," jelas Flavius.
Bagaimana pun, Pegawai Eksekutif Majlis Wolfred Gentiu menjelaskan bahawa
pihak Majlis telah pun memanggil pengusaha pengusaha siber disini untuk
memberi kata dua berbentuk amaran lisan, dan jika mereka gagal mematuhi
arahan maka tindakan tegas akan dijalankan tanpa notis.
"Pengeluaran lesen siber dikeluarkan oleh pihak Kementerian (KKTP), dan
peranan kami disini adalah memantau aktiviti mereka…tetapi jika ada
pelanggaran peraturan maka kami akan maklumkan pihak Kementerian untuk
tindakan lanjut…kerana ada bahagian bahagian yang akan menjalankan
penguatkuasaan tindakan," jelas Wolfred.
Menurut Ordinan PBT bahawa semua kegiatan yang berbentuk hiburan
termasuklah siber café hanya akan dibenar beroperasi bermula jam 9 pagi
sehingga jam 12 tengah malam, namun persoalannya mengapa sehingga kini
siber café disini masih dibenarkan beroperasi jam 8 pagi sedangkan
penjelasan Pegawai Eksekutif Majlis bahawa para pengusaha siber telah pun
dipanggil dan diberi amaran.
Oleh: Mail Mathew
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|