Eric cadang peruntukan khas bagi penyelenggaraan
KOTA KINABALU,
Nov 30, 2009: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun berkata
kerajaan perlu turut menyediakan peruntukan khas bagi penyelenggaraan
dalam setiap peruntukan pembangunan.
Beliau berkata, ketiadaan
peruntukan khas itu menyebabkan kelembapan penyelenggaraan banyak bangunan
dan jalan raya di negeri yang mengalami kerosakan.
Eric yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) membangkitkan
paerkara itu dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri, Datuk S.K.
Devamany pada persidangan Parlimen baru-baru ini.
Devamany semasa menjawab memebritahu bahawa kerajaan sedar menegnai
perkara itu dan kini telah mewujudkan satu mekanisme di mana maklumat
dapat disampaikan bagi meneydiakan peruntukan seumpama itu dalam Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Menurutnya, konsep baru yang telah dicstuskan Unit Perancangan Ekonomi
(EPU) adalah untuk mewujudkan satu bahagian khas iaitu "Private Public
Partnership" iaitu konsep yang telah diperkenalkan di negara-negara luar.
Menerusi konsep itu, syarikat yang bakal membina kemudahan
infrastruktur akan diberi satu jangka masa panjang dan segala-galanya akan
dimasukkan dalam kontrak dimana ianyaakan dibina dan diselenggarakan untuk
satu tempoh tertentu supaya syarikat itu bertanggungjawab terhadap
pembinaan yang dilakukan.
Menjawab soalan asal Eric sebelum itu, Devamany memberitahu bahawa
Sabah telah membelanjakan 77.03 peratus atau RM12.298 bilion daripada
RM15.965 bilion peruntukan dalam RMK-9.
Bagi pakej Ransangan Ekonomi Pertama pula, RM110.2 juta telah
dibelanjakan iaitu 51 peratus daripada siling peruntukan RM216.6 juta
manakala RM43.2 juta atau 40.5 peratus telah telah dibelanjakan daripada
keseluruhan siling RM106.7 juta dalam pakej Ransangan Ekonomi Kedua.
|