Perbahasan tentang Alam sekitar oleh Chua
Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar Oleh YB Datuk Chua Soon Bui (Tawau)
Rujukan 06300 Pengawasan dan Penguatkuasaan
Saya ingin bertanya kepada Menteri berhubung Syarat-syarat Rujukan (TOR)
berkaitan EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) dan SIA (Penilaian Impak
Sosial) yang akan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) di Sabah
terhadap viabiliti loji jana kuasa arang batu di Kg.Sinakut , Felda, Lahad
Datu. Apakah pertimbangan-pertimbangan utama berkaitan TOR, bilakah akan
EIA dan SIA akan dimulakan? Berapa lamakah ia akan siap dijalankan?
Begitu juga, saya juga ingin mengetahui kajian yang sama dijalankan pada
Empangan Kaiduan, bilakah EIA dan SIA akan dimulakan dan tempoh yang perlu
untuk ia disempurnakan? Adakah rakyat diberi peluang mengutarakan
pandangan mereka? Saya berharap kerajaan dapat memahami bahawa ini bukan
hanya suatu isu politik sahaja, seperi mana yang dikatakan beberapa orang
ahli politik yang kanan. Kami rakyat Sabah tidak bantah semata-mata untuk
membantah sahaja, tetapi bantahan kami adalah berkaitan dengan menciptakan
satu alam sekitar yang lebih bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
Banyak negara lain seperti Australia, pengeluar terbesar arang batu
sedunia dan pelepasan Gas Rumah Hjiau (GHG), akan mempertimbangkan
mengurangkan kadar pengeluaran arang batunya dan juga bilangan loji
janakuasa berasaskan arang batu kerana kesannya impak pemansan global yang
menyebabkan peningkatan paras laut di Australia. Begitu juga, China juga
melaporkan penutupan banyak loji janakuasa berasaskan arang batu supaya
mengurangkan pencemaran dan impak pemanasan global. Pergerakan Pendamaian
Hjiau Indonesia juga dilaporkan mendesak kerajaan berhenti menggali arang
batu kerana Indonesia adalah negara yang kedua dalam pengeluaran arang
batu. Malaysia patut belajar daripada pengetahuan dan pengalaman
negara-negara itu, tetapi bukan dengan mengambil langkah yang berundur ke
belakang. Adalah suara hati rakyat Sabah bahawa kita buat semua ini untuk
memperlindungi alam sekitar dan generasi-generasai akan datang.
Rakyat Sabah dan saya ingin tahu alasan sebenar mengapa cadangan pembinaan
Loji Jana kuasa arang batu yang asalnya di Silam, Lahad Datu dan kemudian
di Sandakan telah ditolak seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah
tetapi sebaliknya telah dibenarkan di Kg. Sinakut, Felda Tungku.
Daripada maklumat dan gambar yang saya terima, kita boleh melihat
(1) Loji-loji jana kuasa arang batu di Manjun yang berkapasiti 2100 MW
dan di Kapar, Kelang, telah menyalurkan secara terus sisa air penyejukan
berklorin dan bersulfur ke dalam laut dan sudah pasti akan menjejaskan
ekosistem batu karang dan hidupan laut. Mengapa kita mengundang sesuatu
yang tidak baik kepada hidupan laut kita. Di Lahad Datu kita seberapa
boleh mengamalkan prinsip "sifar discas sulfur" ke laut.
(2) Di Amerika, loji jana kuasa arang batu tidak dibenarkan dibina
berdekatan laut and semua bahan buangan tidak dibenarkan dibuang ke laut
dan air sisa juga mesti dikitar semula kerana satu kemalangan kebocoran
paip kumbahan telah memusnahkan hidupan laut.
(3) Kg. Sinakut terletak sejauh 100 km dari kawasan Projek Hutan
Simpanan Hidupan Liar Tabin, Projek Simpanan ‘wild cat’ dan harimau
bintang Borneo dan bandar Lahad Datu. Adakah kerajaan dapat memastikan
101% bahawa pencemaran udara dan hujan asid tidak akan membawa kesan ke
atas penduduk, binatang, flora dan fauna kawasan tersebut.
Darvel Bay adalah kawasan yang sangat kaya dengan sumber makanan dan
berpotensi untuk penanaman rumpai laut yang bernilai RM 3 bilion. Adakah
potensi-potensi ini sebagai punca pendapatan penduduk akan turut terjejas?
Pada 15 Mei 2009 di Manado, Indonesia, pemimpin dari 6 buah negara
termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, telah berjanji dan
bersetuju untuk memelihara sumber asli di kawasan segitiga batu karang
yang mengalami risiko akibat aktiviti penangkapan ikan yang terlampau dan
secara haram, pembangunan persisiran pantai yang tidak mesra alam dan
tidak boleh diteruskan, pencemaran dan perubahan iklim. Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak juga telah berkata
adalah satu tanggungjawab politik untuk mengekalkan hidupan laut.
Saya mendesak Kerajaan supaya memberi pertimbangan untuk kepentingan
orang ramai dengan konsep 1 Malaysaia, "Tolong hentikannya!"
|