|

2009 Dec 9 - SAPP bagi wanita tua lumpuh kerusi roda
SAPP bagi wanita tua lumpuh kerusi roda
PAPAR, 9 Dis 2009: Seorang wanita tua lumpuh kini berupaya bergerak
menjalankan kerja-kerja ringan di rumah selepas mendapat bantuan kerusi
roda daripada Parti Maju Sabah (SAPP).
Lonjuing binti Lodsung, 63, kini boleh tersenyum gembira dengan bantuan
yang telah lama dinanti-nantikan itu.
Wanita tua itu lumpuh sejak lima tahun lalu setelah diserang angin ahmar
dan tidak dapat bergerak mahupun menjaga atau membersihkan diri sendiri.
"Kami amat berterimakasih dengan bantuan ini. Sekurang-kurangnya saya
dapat menggerakkan isteri saya melakukan kerja-kerja harian.
"Kini mudah sedikit bagi saya membantu dia sekurang-kurangnya ke dapur
atau bilik mandi membersihkan diri," kata Elis Sidim.
Lonjuing hanya mengesat mata dengan sehelai tuala kecil lusuh tanpa
berupaya mengeluarkan walau sepatah perkataan.
Majlis penyerahan bantuan kerusi roda itu disempurnakan Ahli Parlimen
Sepanggar Datuk Eric Majimbun di Kampung Labak, Kinarut, dekat sini,
baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul, Pengerusi SAPP cawangan
Kampung Labak Thomas Fredonan dan pemimpin setempat.
Lonjuing dan suaminya yang berusia 60 tahun itu kini mendiami rumah papan
usang di kampung itu sejak sekian lama tanpa bekalan letrik mahupun air
bersih.
"Sebelum ini saya terpaksa mendokong isteri saya ke sana ke mari
terutamanya di dalam rumah apabila dia ingin melakukan sesuatu benda.
"Memang perit kerana saya bukannya muda lagi. Badan saya juga sering
sakit-sakit," kata Elis .
Elis memberitahu bahawa dia tidak dapat bertani sejak Lonjuing lumpuh
kerana terpaksa memberi perhatian sepenuh masa terhadap keperluan
isterinya.
Katanya, permohonan meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan telah
diajukan tetapi mereka masih belum menerima sebarang jawapan sehingga ke
hari ini.
Dagul berkata, keperitan hidup Lonjuing sampai keperhatian beliau melalui
para ahli parti di cawangan itu.
"Ini bukan isu politik dan kami tidak ingin mempolitikkan perkara ini.
Kami beri bantuan atas dasar perikemanusiaan," kata Dagul.
Katanya, SAPP akan terus memberi bantuan seperti itu tanpa mengira bangsa,
agama atau fahaman politik.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|