|

2009 Dec 29 - SAPP berjaya laksana penjemanaan semula parti
SAPP berjaya laksana penjemanaan semula parti
KOTA KINABALU, 26 Dis 2009: Parti Maju Sabah (SAPP) telah selesai
melaksanakan penjenamaan semula parti berbilang kaum itu dengan mencapai
kejayaan memberangsangkan.
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, penjenamaan
semula parti itu telah berjaya dan selesai dijalankan dengan beberapa siri
program turun ke padang menemui serta menjelaskan kepada rakyat di seluruh
negeri.
Katanya, rakyat di seluruh negeri samada di kawasan bandar atau luar
bandar kini memahami perjuangan sebenar SAPP dan mula memberi sokongan
serta menyertai perjuangan parti itu.
Katanya, penubuhan Jawatankuasa Pusat Perhubungan (CLC) atau lebih
dikenali sebagai bahagian dan cawangan diserata negeri menunjukkan
perjuangan SAPP yang mengutamakan rakyat diterima dengan baik.
Bekas Ketua Menteri itu berucap pada majlis penyampaian sijil kepada 42
peserta kursus kem Graduan Kem Belia (GKB) Elit SAPP 2009 di Inanam, dekat
sini.
Turut hadir Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric
Majimbun, Naib Presiden Datuk Frankie Chong, Pengerusi Penganjur Stephen
Gaimin, Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul dan Naib Presiden Don Chin.
Para peserta elit itu dipilih dari graduan yang telah mengikuti kem itu di
seluruh Sabah sejak awal tahun.
Lebih dari 5,000 belia dan beliawanis telah mengikuti kem GKB itu di
seluruh Sabah sejak 10 tahun lalu dan ramai telah dilatih menjadi pemimpin.
Kem GKB Elit itu memberi tumpuan terhadap bidang politik dengan melengkapi
mereka segala keperluan untuk menghadapi pilihanraya akan datang.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|