|

2009 Dec 30 - SAPP GESA PM DATO' SERI NAJIB TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA
SAPP gesa PM tubuh
suruhanjaya siasatan diRaja
TENOM,
Dec 30, 2009: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah mendesak
kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri Dato'Seri Najib
Tun Razak agar menghentikan sikap berdolak dalik berhubung isu penubuhan
Suruhanjaya siasatan DiRaja untuk menyiasat skandal kehilangan injin
pesawat jet pejuang TUDM dan kebenaran dakwaan Barry Wain penulis buku
Malaysian Maverick yang melibatkan mantan PM ke-4 Tun M.
Beliau seterusnya berkata, selagi kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya
siasatan itu, selagi itu rakyat dinegara ini akan terus menyalak kerajaan
khususnya PM Dato' Seri Najib supaya berbuat demikian kerana rakyat
merasakan mereka berhak untuk mengetahuinya.
"Setiap dakwaan yang mempunyai 80 peratus keboleh percayaan umum, sudah
pastilah kerajaan perlu melakukan siasatan secara mendalam dan mendedahkan
hasil penyiasatan itu kepada umum kerana isu tersebut telah tersebar luas
yang telah meletakkan imej buruk Negara menjadi tontonan masyarakat
antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Rabu.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap dan Nabawan berkata demikian
sebagai maklumbalas kenyataan Najib ketika merasmikan kongress PBRS baru
baru ini yang memberi reaksi negatif terhadap beberapa gesaan pemimpin
pemimpin pembangkang yang meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan
Diraja untuk menyiasat skandal kehilangan injin pesawat jet pejuang milik
TUDM.
"Selain siasatan itu tertumpu kepada skandal kehilangan injin pesawat
pejuang jet milik TUDM yang bernilai puluhan juta ringgit itu, siasatan
perlu juga dilakukan terhadap dakwaan penulis Barry Wain dalam bukunya
Malaysian Maverick yang mengaitkan mantan PM ke-4 Tun M yang kononnya
menyalah urustadbir sejumlah RM100 billion dari khazanah Negara semasa era
beliau menjadi PM," kata beliau.
Kedua dua isu nasional itu telah kelihatan memenuhi ruang akhbar nasional
dan juga luar Negara termasuk pengendali portal dan blog beberapa minggu
lalu, iaitu sebaik sahaja isu kehilangan injin jet pejuang TUDM didedahkan
oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika
persidangan Parlimen sebelum Krismas.
Dalam pada itu, Jimmy mencadangkan kepada pucuk pimpinan Negara khususnya
Dato'Seri Najib supaya memandang serius segala dakwaan tersebut kerana
semua dakwaan itu keluar dari pemimpin kerajaan yang berprofail tinggi dan
tidak mungkin ia dibiarkan semudah itu sahaja, adalah kerana mereka yang
terlibat adalah bekas bekas boss Najib.
"Kerana rakyat didahulukan…tunggak pemimpin Negara harus menegakkan sistem
keadilan dan kesaksamaan sejagat demi rakyat dan Negara. Ketegasan dan
ketelusan dalam memimpin Negara adalah keutamaannya dalam setiap
pencapainya," tambah Jimmy dengan serius.
Oleh: Mail Mathew
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|