|

2010 Jan 2 - Majlis Pastoral Gereja Katholik Tenom lega dengan keputusan mahkamah membenarkan
sebutan 'Allah'
Majlis Pastoral Gereja Katholik Tenom lega dengan
keputusan mahkamah membenarkan sebutan 'Allah'
TENOM,
Jan 2, 2010: Timbalan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Gereja Roman Katholik
disini Jimmy Jawatah 45, (gambar) mengalu alukan keputusan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.
Kata beliau lagi, berikutan keputusan itu Mahkamah turut membenarkan
permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.
"Saya percaya bahawa semua umat Kristian dinegara ini menyambut baik
keputusan tersebut yang melambangkan bahawa keadilan dan amalan demokrasi
dinegara ini masih terus subur sepertimana yang termaktub didalam
Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada
Jumaat.
Jimmy yang juga Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata demikian
sebagai maklum balas beliau terhadap keputusan Mahkamah yang membenarkan
perkataan 'Allah' dibenarkan sebagai terjemahan perkataan 'Tuhan' didalam
majalah 'The Herald' edisi bahasa Melayu.
Ketika membenarkan percetakkan majalah 'The Herald' menggunakan perkataan
'Allah', Hakim Lau Bee Lan menjelaskan bahawa arahan Menteri Dalam Negeri
sebelum ini disifatkannya sebagai 'tidak sah dan batal' sambil menegaskan
bahawa perkataan tersebut bukan hanya eksklusif untuk Islam sahaja.
Dalam ertikata lain jelas Jimmy, dengan keputusan itu pihak penerbitan
majalah 'The Herald' akan berupaya melebarkan dan meningkatkan syiar
keilmuan keagamaan kepada seluruh umat Kristian Katholik dinegara ini
tanpa kekangan dan rasa ragu ragu lagi.
"Kita percaya bahawa misi dan visi majalah tersebut telah difahami oleh
pihak tertentu dalam kerajaan kerana selain daripada objektifnya untuk
meningkatkan kefahaman keagamaan Kristian malah turut membantu kerajaan
mendidik dan melahirkan satu masyarakat progresif, berilmu dan bermaruah
khususnya generasi muda masa kini dalam membantu Negara ini untuk
merealisasikan impiannya menjelang tahun 2020," tegas Jimmy lagi.
Kepada satu soalan bahawa keputusan tersebut bukanlah yang muktamad kerana
mungkin kumpulan aktivis Islam akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi
berhubung keputusan itu Jimmy berkata,
"Terpulanglah kepada pihak pihak lain untuk merayu keputusan itu, namun
jika difikirkan rasionalnya secara timbang tara, tiada perkara yang
sensitif atau mengancam keselamatan Negara jika pun keputusan itu
dikekalkan…kerana ia suatu perkara yang melibatkan pendidikan dan secara
kebetulan sebutan perkataan 'Allah' tidak dapat dielakkan," jelas Jimmy.
Oleh: Mail Mathew
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|