|

2010 Jan 4 - SAPP Tenom akan serah memorandum bantah bekalan air kotor
SAPP Tenom akan serah memorandum bantah bekalan air kotor
TENOM, Jan 4, 2010: Jawatankuasa Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap dalam
mesyuarat bulanannya pada Isnin merumuskan bantahan parti itu kepada pihak
pihak berkaitan berhubung masalah bekalan air kotor dan keruh termasuk
masalah kekerapan bekalan elektrik terputus didaerah disini agar pihak
tertentu akan mengambil tindakan serius untuk menangani masalah tersebut.
SAPP juga telah memutuskan akan menghantar satu memorandum bantahan kepada
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pembangunan dan Tindakan daerah disini dalam
masa terdekat supaya masalah tersebut dapat dibincangkan dengan seberapa
segera.
Naib Presiden SAPP yang juga Pengerusi CLC Melalap Jimmy Jawatah ketika
memberitahu Harian Ekspress selepas mesyuarat itu kelmarin (Isnin) berkata,
"Saya tiada pilihan selain menghantar satu memorandum bantahan itu kepada
pihak berkaitan dalam kerajaan…supaya keluhan rakyat dikawasan luar bandar
yang dikemukakan oleh AJK kami dapat diambil perhatian serius, jika
kerajaan memikirkan yang mereka juga prihatin kepada masalah rakyat tanpa
pilih kasih," tegas Jimmy.
"Saya kesihan melihat pengguna pengguna yang tinggal dikawasan pekan dan
juga koloni perumahan merupakan kawasan yang terjejas teruk dengan bekalan
air kotor dan keruh…mereka terpaksa menggunakan filter untuk tujuan itu
namun keadaan semakin serius," tambah beliau lagi.
Manakala salah seorang AJK CLC yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu
Yong, melahirkan kekecewaannya dengan prestasi pembekalan elektrik disini
yang sering terputus bekalan yang beliau sifatkan sebagai ‘ mengganggu
keselesaan’ malah amat menyusahkan penduduk.
"Saya tidak dapat bayangkan kemarahan setiap penduduk disini…kerana
bekalan terputus tidak menentu sama ada waktu malam mahun pun siang,
sedangkan didaerah ini adalah pusat bekalan elektrik yang dihasilkan hydro
elektrik Pangi. Kalaulah alasannya injin penjana rosak, tetapi kenapa
memakan masa bertahun tahun lamanya untuk dibaiki," tanya Yong dengan nada
yang kesal.
"Kita tidak mahu SESB memberi jawapan yang sama seolah olah sekadar
melepaskan batuk ditangga bila diajukan soalan berhubung kekerapan
terputus bekalan…apa yang kami mahu SESB memberi satu jawapan titik nokhta
bila masalah itu akan selesai," tambahnya lagi.
Oleh: Mail Mathew
Caption:-
Gambar - JK CLC Melalap.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|