Pemimpin Gereja Katholik kutuk insiden pengeboman Gereja
Metro Melawati
TENOM, Jan 8, 2010: Timbalan Pengerusi Majlis Gereja Katholik Paroki
disini Jimmy Jawatah (gambar), mengutuk sekeras kerasnya tindakan tidak
bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa
Melawati awal pagi ini (Jumaat).
Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan kematangan dalam
menghadapi sesuatu situasi yang melibatkan sensitiviti kaum dan
kepercayaan keagamaan dinegara ini, yang dijamin hak dan kebebasan menurut
Perlembagaan.
Malahan katanya, larangan dan arahan Ketua Polis Negara (KPN) telah pun
dikeluarkan sebelum ini, tidak membenar berdemo mahunpun bertindak
mengganggu kententeraman awam kepada mana mana pihak yang tidak berpuas
hati dengan keputusan Mahkamah berhubung isu Kalimah ‘Allah’.
Sebaliknya kata Jimmy, beliau bersetuju saranan KPN sebelum ini bahawa isu
tersebut harus diletakkan atas bidangkuasa Mahkamah untuk menyelesaikannya.
"Saya bersimpati dengan kejadian Gereja Metro dan meminta mereka bersabar
dan akur dengan apa yang telah berlaku….seterusnya menyeru umatnya
bertenang dan jangan melakukan sebarang tindakbalas kerana itu bukan
budaya umat Keristian," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada
Jumaat.
Jimmy yang juga Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata demikian
sebagai maklumbalas beliau terhadap satu laporan portal Malaysiakini.com
yang memetik bahawa Gereja Metro yang terletak di Desa Melawati telah
dibom awal pagi Jumaat oleh sekumpulan yang tidak dikenali.
Menurut laporan itu, kejadian tersebut tidak ada menyatakan yang
melibatkan nyawa terkorban kecuali harta benda dan bangunan yang rosak
teruk akibat kebakaran tersebut.
Ekoran kejadian itu semalam, Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak
difahamkan mengeluarkan kenyataan mengutuk kejadian tersebut seterusnya
mengarahkan pihak keselamatan mengawal ketat keselamatan tempat tempat
ibadah yang terdapat dikawasan itu.
Dalam pada itu, beberapa hari lalu terdapat kumpulan kumpulam Umat Islam
yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi baru baru ini,
yang membenarkan sebutan perkataan ‘Allah’ didalam penerbitan majalah ‘The
Herald’ merasa marah dengan keputusan tersebut malah mereka mengancam
untuk mengadakan tujuk perasaan secara besar besaran diseluruh Negara.
Bagaimana pun keputusan itu ditangguhkan pelaksanaannya setelah pihak KDN
berjaya dalam rayuannya yang dibuat sehari selepas itu untuk menangguhkan
keputusan itu sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes
tersebut.
|