|

2010 Jan 11 - Mositun terperangkap dengan jeratnya sendiri
Mositun terperangkap dengan jeratnya sendiri
Jan 11, 2010: AKIBAT SURUNG TARIK dalam isu SAS oleh Ketua Penerangan PBS Datuk Johnny
Mositun akhirnya memakan dirinya sendiri, apabila Mositun diasak dengan
pelbagai kenyataan demi kenyataan dari para pemimpin SAPP termasuk satu
laporan Polis yang dibuat Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul, akhirnya Mositun
mengakui yang Datuk Yong ketika menjadi Ketua Menteri tidak melakukan
kesilapan dalam isu kegagalan SAS.
Diantara kenyataan Mositun yang dipetik seperti berikut "It had never
occurred to him to accuse Yong of wrongdoing or criminal liability with
regard to the SAS fiasco, adding that his contention that… many investors
had bought the shares when Datuk Yong Teck Lee was Chief Minister..could
not be construed as accusing him (Yong) of wrongdoing".
Keadaan menjadi parah lagi apabila Mositun dicabar oleh Bendahari Agung
SAPP Datuk Wong Yit Ming supaya Mositun meminta kerajaan Barisan Nasional
(BN) membentangkan satu 'kertas putih' di Dewan Undangan Negeri (DUN)
berhubung skandal kegagalan SAS jika kerajaan BN dan Mositun
berkesungguhan untuk mengambil perhatian serius berhubung masalah tersebut.
Mungkin Mositun berhasrat untuk sengaja menyemarakkan semula isu tersebut
dimata rakyat untuk tujuan politik semata mata, namun beliau terlupa
bahawa isu kegagalan SAS yang sering dikaitkan dengan Datuk Yong sebagi
puncanya telah 'diintai' oleh kepimpinan SAPP dimana kali ini memerangkap
Mositun.
Lantaran itu, dua lagi pemimpin kanan PBS iaitu Naib Presidennya Datuk
Herbert Timbun Lagadan dan Ahli Majlis Tertinggi Chin Tet Ming bertindak
ala 'bidan terjun' ke kancah pergeseran itu dengan membawa isu lain
seperti kegagalan SESB setelah diserahkan ke kerajaan Persekutuan dan
BIMP-EAGA.
Tindakan ala 'bidan terjun' Herbert dan Chin yang bertujuan untuk
menyelamatkan rakan mereka daripada 'separuh lemas dilautan politik'
dengan menambah nilai 'tekanan politik' terhadap mantan Ketua Menteri itu
yang juga Presiden SAPP Yong Teck Lee nampaknya menjadi sia sia kerana
Yong masih terus bertenaga.
Malahan Yong menyifatkan Herbert tidak layak mengetengahkan persoalan yang
dibawanya kerana Herbert sendiri tidak tahu menahu tentang bagaimana
BIMP-EAGA terwujud dan juga SEB (sebelum diserahkan ke pentadbiran
persekutuan yang kemudianya selepas diperbadankan mejadi SESB) bingkas
kehilangan modal menjawab dan memaksa Herbert 'menutup mulut'.
Datuk Yong yang semakin segar dan bersemangat itu terus melontarkan hujah
hujah beliau menjelaskan tujuan kewujudan BIMP-EAGA adalah sebagai suatu
mekanisma yang dirangka khas untuk membantu meningkatkan ekonomi dikawasan
Selatan Filipina supaya PATI yang berasal disitu tidak akan kembali ke
Sabah selepas mereka dihantar pulang.
Manakala SEB yang turut dipersoalkan Herbert, Yong menjelaskan bahawa
penyerahan SEB kepada pentadbiran Persekutuan sekitar diawal tahun 1980an
dilakukan oleh kerajaan Parti Berjaya, yang merasakan bahawa SEB harus
berada dipihak pusat bersama sama dengan TNB yang bertanggung jawab dalam
pembekalan tenaga yang mempunyai keupayaan kewangan yang lebih besar.
Percaturan politik oleh ketiga tiga tokoh dalam PBS berjaya dipintas oleh
pemimpin pemimpin SAPP dengan mudah, malah mereka kini menerima satu lagi
tamparan dimana Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong yang meminta
pemimpin PBS terbabit memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana memainkan
sentimen politik dengan memutarbelitkan fakta sehingga RAKYAT terpedaya
membenci pemimpin SAPP khususnya Datuk Yong Teck Lee kerana isu SAS yang
tidak tepat.
Setelah usaha Mositun dan rakan rakannya gagal menebus kembali tuduhan
mereka terhadap Yong berhubung isu SAS, Mositun dengan berterus terang
menyatakan bahawa dia (Mositun) tidak berniat menuduh Yong mendalangi
kegagalan SAS, sebaliknya Yong tidak melakukan apa apa kesilapan terhadap
pengurusan SAS ketika Yong menjadi Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.
Apa pun, sepertimana bidalan ada mengatakan 'Terlajak perahu boleh ditarik…terlajak
kata buruk padahnya'. Bagaimana pun syabas kepada Mositun dan rakan
rakannya telah sedar dan mengakui kesilapan tuduhan mereka.
Oleh: GONOD
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|