|

2010 Jan 11 - SAPP kunjungi rumah kebajikan
SAPP kunjungi rumah kebajikan
KOTA KINABALU, 11 Jan 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) telah mengadakan
lawatan ke beberapa rumah kebajikan di sekitar ibu negeri sempena ulang
tahun ke-16 parti itu.
Satu rombongan diketuai Datin Seri Stella Yong, isteri Presiden SAPP Datuk
Seri Yong Teck Lee telah melawat Rumah Bakti Harapan di Inanam dan
Cheshire Home di Likas di sini, semalam.
Rombongan itu, membahagi-bahagikan hamper serta berbagai cendera hati
kepada para penghuni rumah-rumah kebajikan itu dalam lawatan tersebut.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Datuk Liew Teck Chan Timbalan Presiden
SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Likas dan isteri Datin
Chu Yun Moi serta rombongan dari Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC)
Likas.
Teck Chan berkata, lawatan itu selain sempena Ulang Tahun ke-16 Parti Maju
Sabah (SAPP) juga merupakan aktiviti kebajikan parti itu sempena perayaan
Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Teck Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Likas
berkata, lawatan itu juga bertujuan memberi kasih sayang selain membawa
kegembiraan terhadap para penghuni kurang upaya itu.
Katanya, aktiviti kebajikan seumpama itu merupakan salah satu usaha SAPP
memberi isyarat kepada masyarakat bahawa orang kurang upaya juga perlu
sering diingati walaupun dalam keadaan apa sekalipun.
Rumah Bakti Harapan kini dihuni sembilan orang kurang upaya berusia dari
17 tahun hingga 40 tahun, kata Pengetuanya Anchil Tseu.
Cheshire Home kini dihuni 29 orang kurang upaya berusia dari 16 tahun
hingga 63 tahun, kata Pengetuanya Jennifer Liew.
Anchil dan Jennifer berterima kasih kepada SAPP kerana sering mengadakan
lawatan terhadap kedua-dua rumah kebajikan itu terutama sekali dalam musim
perayaan.
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|