|

2010 Jan 18 - Pengangguran belia dan masalah tanah dua isu runcing
Pengangguran belia dan masalah tanah dua isu runcing
KOTA KINABALU, 18 Jan 2010: Pengangguran di kalangan belia dan masalah
tanah masih menjadi dua isu meruncing yang dihadapi rakyat Malaysia di
Sabah, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck
Lee.
Bekas Ketua Menteri itu berkata, pembangunan pesat sesuatu kawasan untuk
dijadikan kawasan perbandaran baru dan masalah infrastruktur kerajaan
menjadi punca kehilangan banyak tanah-tanah kampung.
"Pada masa ini insiden merampas tanah oleh syarikat-syarikat besar di
kawasan pantai timur dan pedalaman negeri ini kelihatan seolah-olah
seperti perkara biasa.
Kampung Rampayan di Menggatal yang dekat dengan Bandaraya ini telah diukur
oleh pihak tidak dikenali dan telah menimbulkan kebimbangan di kalangan
para penduduk kampung," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sesi perjumpaan dengan para ahli SAPP di
Kampung Unggun, Menggatal, dekat sini.
Kampung Unggun merupakan salah satu cawangan yang aktif dalam Jawatankuasa
Perhubungan Kawasan (CLC) SAPP Karambunai.
Teck Lee merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC)
Karambunai.
Turut hadir Pengerusi SAPP Kampung Unggun yang baru Rizal Haji Limat.
Allahyarham Haji Limat adalah bekas Ketua Kampung Unggun.
Hadir sama Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric
Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Likas Datuk Liew Teck Chan, naib Presiden Don Chin dan beberapa pemimpin
parti.
Katanya, tanah kampung tradisi dan tanah simpanan kerajaan juga hilang
kepada syarikat-syarikat pembangunan.
Beliau berkata, ada kemungkinan rakyat tempatan menjadi setinggan di
kawasan tanah mereka di masa hadapan.
"Cadangan reformasi tanah yang sedang SAPP siapkan pada masa ini akan
menjaga kepentingan penduduk tempatan terhadap tanah," kata Teck Lee
memberi jaminan. Katanya, generasi muda hanya mempunyai kawasan kecil
untuk membina rumah kampung apabila mereka berkahwin.
Rizal berkata, para penduduk kampung tidak akan melupakan sumbangan dan
perkhidmatan pemimpin SAPP seperti Ahli Parlimen Sepanggar merangkap
Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Likas merangkap Timbalan Presiden Datuk Liew Teck Chan.dan Teck Lee yang
pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu.
กก |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|