SAPP janji kembalikan semula Kampung Maang kepada
Penampang
PENAMPANG, 18 Jan 2010: Kampung Maang, dekat sini, akan dikembalikan
semula ke dalam pentadbiran Majlis Daerah Penampang (MDP) daripada Majlis
Daerah Kecil Putatan (MDKP), sebaik saja Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil
alih tampuk pimpinan Kerajaan Sabah pada pilihan raya akan datang.
Proses itu boleh dilakukan dalam masa enam bulan, kata Presiden SAPP Datuk
Seri Panglima Yong Teck Lee.
"Saya berjanji Kampung Maang dikembalikan semula kepada Penampang daripada
Putatan. Enam bulan diperlukan untuk selesaikan proses itu," kata bekas
Ketua Menteri itu.
Teck Lee berucap merasmikan dua cawangan baru SAPP ¨C Pogunon dan Kimoligan
- semuanya berada dalam kawasan Parlimen Penampang.
Hadir sama dua Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Majimbun selaku Ahli
Parlimen Sepanggar dan Datuk Liew Teck Chan selaku Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Likas.
Turut hadir, Setiausaha Agung Datuk Richard Yong, Ketua Pemuda Edward
Dagul, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Naib Presiden Don Chin Hon Kiong,
Pembantu Setiausaha Agung Foo Fook Ming dan beberapa pemimpin parti.
Teck Lee berkata, penduduk asal Kampung Maang telah membantah apabila
kampung itu dimasukkan ke dalam pentadbiran MDKP sedikit masa dulu tetapi
tidak diendahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah ketika itu.
Beliau berkata, sebagai sebuah parti berteraskan rakyat SAPP akan penuhi
kehendak penduduk Kampung Maang kembali kepada Penampang.
"Setinggan Sri Tanjung yang ditempatkan semula di Kampung Maang apabila
kawasan itu dirobohkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu di Petagas, dekat sini, juga akan dipindahkan
sebagai memenuhi satu lagi kehendak penduduk Kampung Maang," katanya.
Katanya, para setinggan itu akan dipindahkan ke Putatan atau tempat lain
yang lebih sesuai dalam jangka waktu tidak lama sebaik saja SAPP
memerintah.
Katanya, penempatan semula setinggan Sri Tanjung ke Kampung Maang dibantah
para penduduk kampung tetapi Kerajaan BN Sabah tetap meneruskannya.
¡¡
|
 |
|