|

2010 Jan 22 - SAPP gesa kerajaan BN, Dana RM1 juta untuk pulihkan Giatmara terbengkalai bukan rethorik
SAPP gesa kerajaan BN, Dana RM1 juta untuk pulihkan
Giatmara terbengkalai bukan rethorik
TENOM: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah (gambar)
mengalu alukan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelamatkan pusat
GiatMara disini yang telah terbengkalai sejak tahun 2004 dengan memberi
suntikan dana sejumlah hampir RM1 juta meskipun tindakan itu terlambat
namun ia masih boleh diterima.
Katanya, kelantangan pembangkang menyuarakan masalah tersebut sebelum ini
iaitu selepas ia terbengkalai dan terus terbiar sejak lebih 10 tahun lalu
akhirnya dipandang serius oleh kerajaan disaat saat ini.
"Kita mengharapkan agar kerajaan terus melaksanakan apa yang telah
dijanjikan Timbalan Menteri itu kelmarin (Khamis) adalah betul dan bukan
rethorik lagi," kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu
Harian Ekspress pada Jumaat.
Beliau yang juga Ketua CLC SAPP Dun Melalap dan Kemabong berkata demikian
ketika mengulas pengumuman Timbalan Menteri Pembangunan LuarBandar dan
Wilayah (KKLW) Datuk Hassan Malik berhubung suntikan dana hampir RM1 juta
untuk menyelamatkan pusat GiatMara disini yang telah terbengkalai sejak
tahun 2004.
Jimmy berkata, beliau kesal dan mempertikai tindakan kerajaan yang tidak
menyenaraikan masalah pusat itu ke dalam RMK-9 supaya ia mendapat blok
peruntukkan yang mencukupi untuk menyiapkan pusat itu dengan lengkap
sekali.
"Kenapa peruntukkan itu dilaksanakan secara berperingkat peringkat
mengikut fasa (bukan lump sum)¡dan kalaulah begitu jadinya sudah tentu
pembinaannya belum pasti akan siap sepenuhnya dalam jangka masa dua atau
tiga tahun ini," tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Jimmy seterusnya mengharapkan agar pelaksanaan itu (setelah
suntikan dana) tidak akan berlaku lagi masalah kerja kerja tertangguh yang
membawa kepada masalah terbengkalai.
Apa yang harus dilakukan tegas Jimmy, pelajar pelajar GiatMara diletakkan
di sebuah pusat pembelajaran yang selesa dan lebih kondusif bagi mereka
menimba ilmu setiap hari.
Oleh: Mail Mathew
¡¡ |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|