|

2010 Jan 24 - Kerajaan jangan berdolak dalik isu belia terkandas di KL
Kerajaan jangan berdolak dalik isu belia terkandas di KL
TENOM,
Jan 24, 2010: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC
Melalap Flavius Robert (gambar) meminta pihak pihak tertentu yang prihatin
dengan masalah belia belia Sabah yang terkandas di Kuala Lumpur termasuk
Kementerian terbabit agar menumpukan kearah mencari jalan penyelesaiannya
dan bukan asyik menuding jari antara satu dengan lain.
Katanya lagi, kerajaan mempunyai landasan yang baik untuk mengatasi
masalah tersebut khususnya Kementerian terbabit yang sehingga kini masih
mundar mandir dalam memberi pendirian ketika mendepani masalah tersebut.
"Walaupun penghijrahan belia belia kita ke Kuala Lumpur bukan arahan mahun
pun urusan kerajaan, tetapi sebagai kerajaan hari ini tidak boleh tidak (terpaksa)
melakukannya demi tanggung jawabnya selaku pemimpin kerajaan," kata beliau
dalam satu kenyataan disini pada Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pembangunan
Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Dr Yee Moh Chai baru baru ini
berhubung masalah belia belia Sabah yang terkandas di Kuala Lumpur.
Jumaat lalu, Datuk Dr Yee dipetik sebagai berkata bahawa tidak wujud bagi
keperluan Kementerian itu menghantar Unit Khas bagi menyelesaikan masalah
penduduk Sabah yang terkandas di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Flavius sependapat dengan pemimpin lain dalam pembangkang
bahawa insiden (menganggur) itu berlaku mungkin bukan disebabkan
pengurangan pekerja oleh majikan kilang kilang terbabit kerana masalah
kemelesetan ekonomi.
Flavius menambah, banyak kemungkinan insiden itu berlaku disebabkan
masalah lain seperti masalah disiplin yang mengakibatkan berlaku
penyingkiran secara mendadak tanpa notis yang menyebabkan mereka tiada
pilihan lain selain menjadi peminta sedekah kerana desakan hidup.
"Itu sebabnya kerajaan harus menghantar unit khas untuk menyiasat masalah
tersebut, kerana belia belia yang berhijrah ke KL tujuan mencari pekerjaan
terlalu ramai terutamanya dari pedalaman yang sehingga kini ada yang
menjangkau lebih 10 tahun tak pernah pulang kepangkuan ibubapa mereka,"
tegas Flavius.
"Saya bersetuju cadangan mengkaji semula fungsi dan peranan Rumah Sabah
yang terletak di Jalan Ampangˇdan ada baiknya ia ditambah untuk merekodkan
belia belia yang telah mendapat pekerjaan di KL supaya belia belia itu
tidak mudah menjadi mangsa diskriminasi majikan mereka," tambah beliau
lagi.
Oleh: Mail Mathew
ˇˇ |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|