|

2010 Jan 28 - SAPP Tenom serah memorandum bantahan bekalan air kotor kepada DO Tenom
SAPP Tenom serah memorandum bantahan bekalan air kotor
kepada DO Tenom
TENOM: Kepimpinan Parti Maju Sabah (SAPP) kawasan Melalap dan Kemabong
mengharapkan agar ada kesungguhan pihak tertentu khususnya Jabatan Air
disini menyahut beberapa keluhan dan rintihan para pengguna bekalan air
yang terseksa kerana bekalan air kotor sejak berbulan bulan lamanya
bangkit dengan perubahan drastik.
"Seluruh penduduk dipersekitaran pekan disini amat mengharapkan agar
masalah air diberi keutamaan oleh kerajaan kerana kita tidak mahu ada
kejadian ada penduduk diserang penyakit kronik akibat meminum air kotor,"
kata Jimmy Jawatah Naib Presiden SAPP Yang juga Pengerusi CLC Melalap dan
Kemabong pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika memberitahu Harian Ekspress semasa beliau
dan rombongan menyerahkan memorandum bantahan penduduk kepada Pegawai
Daerah disini berhubung masalah bekalan air kotor yang dialami penduduk
disitu sejak berbulan bulan lamanya.
Memorandum bantahan itu meminta Pegawai Daerah selaku Pengerusi Majlis
mesyuarat pembangunan dan tindakan daerah agar mengusulkan dan
menyampaikan kepada kerajaan suara hati rakyat khususnya para pengguna
bekalan air seperti berikut:-
•Kerajaan harus mengambil tindakan serius menangani masalah kekurangan
bekalan air dikawasan persekitaran pekan dan taman taman perumahan yang
selama ini telah mengalami masalah tersebut sudah berbulan bulan lamanya.,
•Kerajaan juga harus mempastikan bahawa hanya bekalan air bersih sahaja
yang dibekalkan kepada para pengguna air untuk menjamin tahap kesihatan
para penggunanya semoga dijauhi daripada jangkitan penyakit kronik yang
diakibatkan oleh air kotor.,
•Para pengguna air mendesak kerajaan agar suara hati mereka didengari
dengan serius serta diberi perhatian khusus oleh jabatan berkenaan sesuai
dengan slogan Perdana Menteri "Rakyat DiDahulukan, Prestasi DiUtamakan".
Sementara itu, Pegawai Daerah Siriman Basir ketika menerima memorandum
tersebut memberi jaminan bahawa memorandum SAPP itu akan dibentangkan
didalam mesyuarat akan datang untuk dibincangkan.
Oleh: Mail Mathew
กก |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|