|

2010 Jan 29 - Kerajaan Persekutuan Terlepas Pandang: SAPP
Kerajaan Persekutuan Terlepas Pandang: SAPP
KOTA KINABALU, Jan 29, 2010: Ketua Biro Pendidikan SAPP, Datuk Wong Yit
Ming mendakwa Kerajaan Persekutuan terlepas pandang sekolah-sekolah Sabah
dan Sarawak ketika menyediakan senarai 20 sekolah terbaik di Negara ini,
baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan di sini, Khamis, Wong berkata " kegagalan" sekolah-sekolah dari sabah dan Sarawak untuk berada dalam senarai itu
bukan sahaja boleh dipersoalkan dan menghina guru-guru dan pelajar-pelajar
di kedua-dua negeri itu, tetapi juga "satu bukti kukuh bahawa kerajaan
Persekutuan mengabaikan pelbagai jenis sekolah di negeri-negeri itu,"
Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas pengumuman baru-baru ini
yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai senarai 20 sekolah terbaik di negara ini.
"ia adalah satu fakta bahawa sehingga hari ini Sabah masih berdepan
masalah kekurangan guru disebabkan peruntukan tidak mencukupi daripada
Kementerian Pendidikan.
"Kebanyakan sekolah di kawasan-kawasan luar bandar di Sabah masih lagi
kekurangan kemudahan asas bekalan seperti elektrik dan air, dan kerana itu,
memperlekeh pengumuman berterusan mengenai pengajaran Teknologi Maklumat
dan Informasi (ICT) di sekolah-sekolah," katanya.
กก |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|