Pemimpin PBS Harus Berani Berjuang Untuk Pelabur SAS:
SAPP
TAWAU, Jan 29, 2010: Pemimpin-pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) harus
berani berjuang untuk para pelabur Saham Amanah Sabah (SAS), dan mendesak
supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap siasko itu, kata ahli
Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Chong Kim.
Beliau menekankan, ini adalah perkara sewajarnya yang harus mereka lakukan
jika mereka benar-benar mengambil berat tentang isu itu dan prihatin
terhadap para pelabur SAS, seperti apa yang dicerminkan dalam kenyataan
mereka baru-baru ini menegnai isu tersebut dan sewenang-wenangnya
mengaitkannya Presiden SAPP datuk Yong Teck Lee dengan menggambarkan
beliau sebagai penyebab utama kepada masalah disebalik isu berkenaan.
Katanya, para pemimpin PBS seperti timbalan presidennya, Datuk Dr Yee Moh
Chai, Naib Presiden Datuk Herbert Timbon Lagadan, Ketua Penerangannya
Datuk Johnny Mositun dan Pemimpin Kemajuan Rakyatnya Kapitan Chin Teck
Ming yang melaung-laungkan isu itu sejak kebelakangan ini, tidak
seharusnya begitu mudah berdiam diri sekarang ini hanya kerana Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman baru-baru ini menyifatkan isu itu sebagai
satu isu kecil.
"Mereka harus mempunyai keberanian untuk memperbetulkan perspektif Ketua
Menteri terhadap isu itu yang bukannya isu kecil dan mendesak supaya
siasatan menyeluruh dilakukan terhadapnya.
"Jika mereka gagal maka betullah tanggapan orang ramai bahawa selama ini
mereka hanyalah mengeksploitasikan isu itu semata-mata untuk
memburuk-burukkan presiden parti kami dan memberi gambaran tidak baik
terhadap SAPP secara keseluruhannya. Jelas yang mereka tidak ada lagi isu
lain yang lebih baik untuk mengaibkan presiden parti kami," kata Chong Kim
dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini pada rabu lalu.
Beliau mengulangi, siasatan menyeluruh diikuti dengan pengeluaran Kertas
Putih adalah satu-satunya cara untuk mengetahui kebenaran di sebalik
fiasco SAS itu.
กก |