Pembeli bantah cabutan undi kos rendah LPPB
Tenom, kerana tidak telus
TENOM, Jan 31, 2010: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah (gambar)
menggesa pihak pihak tertentu khususnya pengurusan Lembaga Perumahan dan
Pembangunan Bandar (LPPB) agar lebih rasional dalam menentukan hak para
pengguna yang membeli rumah kos rendah mampu milik dibuat secara telus dan
berlaku adil.
Katanya, badan tersebut perlu mempastikan bahawa tiada sesiapa yang diberi
keistemewaan ketika proses memberi penempatan lot kepada para pembeli yang
dilakukan secara cabutan undi kerana taraf mereka (pembeli) dari segi hak
adalah sama.
"Saya menerima beberapa maklumat berhubung perkara tersebut menerusi
khidmat pesanan ringkas (sms) yang dipercayai daripada para pembeli yang
kecewa dengan proses tersebut," kata beliau ketika memberitahu Harian
Ekspress pada Ahad.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap dan Kemabong berkata demikian
sebagai mengulas kejadian pembatalan proses cabutan undi untuk menentukan
lot pembeli masing masing yang diadakan diDewan Seri Antanom pada Khamis
lepas.
Menurut Jimmy, beliau menerima maklumat tersebut berulang kali dimana
mereka (pemberi maklumat) mendakwa bahawa mereka kecewa dan kurang yakin
proses cabutan undi itu dijalankan kerana ia tertumpu dilokasi tengah, dan
tidak kepada lokasi lot hujung setiap blok tersebut.
Sehubungan itu, disebabkan timbul pelbagai andaian negatif daripada para
pembeli dimana keadaan ketika itu semakin bercelaru memaksa proses cabutan
undi hari itu dibatalkan oleh Timbalan Pengurus Besar LPPB yang menurutnya
atas arahan Pengerusi LPPB Datuk Rubin Balang.
Bagaimana pun Datuk Rubin tidak berada disitu ketika proses cabutan undi
dijalankan termasuklah dua lagi wakil rakyat iaitu Datuk Radin Malleh dan
Datuk Raimie Unggi.
Difahamkan Rubin menyedari kekalutan tersebut menerusi salah seorang
daripada ¡®macai¡¯ beliau yang menghubunginya berhubung perkara yang sedang
berlaku itu dan meminta beliau mengambil tindakan sesuatu untuk
membatalkan pengundian tersebut.
Dalam pada itu, salah seorang yang mengaku rapat dengan Datuk Rubin Balang
yang hanya mahu dikenali Mas ketika ditemui berkata,
"Saya lah orang yang menghubungi Datuk Rubin supaya membatalkan sahaja
proses itu kerana banyak orang yang tidak puas hati tentang cara
pengendaliannya¡adakah patut 8 lot yang berada dilokasi penghujung
disetiap blok tidak diundi kerana sudah ada pemiliknya," jelas beliau.
"Lagi pun¡surat jemputan kami ada tertulis pengundian untuk lot lot
tengah..mengapa kami tidak boleh mendapat lot hujung. Seperkara lagi..yang
dapat kebanyakkan orang luar, dan ini menampakkan ketidak adilannya," tambahnya lagi.
Rumah kos rendah mampu milik sejumlah lebih 200 unit terletak di Fasa 3,
peringkat 2, Taman Bosoi Kalang dibina sebelum PRU12 (2008) dengan harga
RM42,000 lot tengah, manakala lot tepi hujung blok RM56,000.
Setiap pembeli yang berjaya dikenakan membayar wang deposit sebanyak 10%
daripada harga rumah, manakala bayaran pemprosesan permohonan sebanyak
RM760.00 dan RM 100.00 tidak akan dikembalikan kepada pemohon sama ada ia
lulus atau gagal.
Oleh: Mail Mathew |