|

2010 Feb 14 - Rumah mampu milik LPPB kalang jadi sukar milik?
Rumah mampu milik LPPB kalang jadi sukar milik?
Kemabong, Feb 14, 2010: KETUA Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP)
Zone Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi menyambut baik jaminan Adun Kemabong
Datuk Rubin Balang baru baru ini bahawa pengagihan lot rumah mampu milik
untuk para pembeli di Fasa 3 Taman Bosoi Kalang akan dilakukan secara
telus dan adil pada sesi cabutan undi ulangan dalam masa terdekat ini.
UNDIAN semula terpaksa dilakukan semula oleh pengurusan LPPB selepas
undian pertama yang dilakukan pada Januari, 2010 dibatalkan kerana telah
mendapat banyak bantahan daripada para pemohon yang tidak berpuas hati
terhadap proses pengundian dijalankan.
Beliau berkata, tidak ada ertinya istilah 'rumah mampu milik dan kos
rendah' jika golongan yang lebih berkemampuan turut dibenarkan memohon
untuk memiliki rumah tersebut, tetapi bagaimana pula bagi golongan yang
berpendapatan rendah yang amat mengharapkan untuk mendapat agihan rumah
tersebut.
Jika trend seumpama itu dibenarkan berterusan, sudah tentulah matlamat
kerajaan BN untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi memiliki
rumah sendiri tidak kesempaian malah ia hanya tinggal angan angan sahaja.
Lebih merumitkan lagi keadaan, jika 'macai macai' pemimpin politik turut
diberi tempat kelas pertama yang berstatus 'gerenti' untuk mendapat lot
rumah tersebut sedangkan ribuan rakyat biasa diletakkan didalam senarai
menunggu berstatus 'kelas kambing' tetapi disebaliknya golongan 'kelas
kambing' ini adalah yang benar benar memerlukan rumah mampu milik tetapi
sukar 'memiliki' rumah tersebut.
"Saya telah menerima banyak maklumat menerusi khidmat pesanan ringkas (sms)
yang tidak puas hati dengan pengurusan LPPB dan meminta saya mencampuri
urusan ini dengan menghebahkan ketidaktelusan ini kedalam media supaya
pihak tertentu dalam atasan kerajaan akan termaklum perkara ini," tegas
Rudy.
SEPERKARA lagi yang tidak menyenangkan mereka (pembeli), mengapa deposit
untuk membeli rumah itu terlalu tinggi sehingga mencecah RM4,000 tidak
termasuk kos guaman dan pengurusan¡kenapa tidak dikurangkan sedikit ke
paras RM2,000 sekadar yang boleh termampu oleh golongan pendapatan rendah?
Menambah derita mereka lagi¡wang deposit dan lain lain bayaran tidak akan
dikembalikan jika pinjaman bank tidak lulus. Apakah dasar sedemikian rupa
kerajaan BN dan LPPB benar benar telus untuk membantu golongan
berpendapatan rendah?
"Mana sudah slogan Perdana Menteri Dato' Seri Najib¡Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan? Mana sudah matlamat NKRA¡untuk siapa NKRA?" tegas
Rudy.
Rudy meminta pihak pihak tertentu khususnya pengurusan LPPB agar jangan
menjerumuskan diri mereka didalam arus kuasa 'orang orang politik' yang
menjadikan mereka terpaksa mengikut telunjuk mereka (orang politik) setiap
kali apa LPPB harus mahu lakukan.
SEBALIKNYA, LPPB harus bebas untuk melaksanakan tanggung jawabnya selaku
badan korporat yang berwibawa tanpa pengaruh daripada mana mana pihak
untuk melaksanakan misi dan visinya.
Oleh: Mail Mathew |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|