|

2010 Feb 14 - Pemimpin BN diingatkan jangan suka menabur janji kalau sukar ditunaikan
|
Pemimpin BN diingatkan jangan suka menabur janji kalau
sukar ditunaikan
TENOM,
Feb 16, 2010: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah (gambar)
menegaskan bahawa pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) harus serius
ketika mengumumkan sesuatu pembangunan yang masih berstatus 'cadangan'
dihadapan rakyat kerana disebabkan 'trend' sedemikian jika gagal
membuatkan rakyat bosan dan marah dengan gelagat mereka.
Katanya, adalah kerana pemimpin BN telah banyak menaburkan janji janji
pembangunan untuk rakyat dikawasan disini sebelum ini seperti pekan kecil
Melalap, jambatan Binaie deretan kedai simpang tiga jalan Entabuan- Lagud
Sebrang masih belum tertunai.
"Kita khuatir pengumuman Datuk Rubin baru baru ini berhubung pembinaan
tiga buah lagi Sekolah Menengah dimana satu daripadanya ialah SMK Melalap¡mungkinkah
akan senasib dengan janji janji pembangunan yang lalu ibarat indah khabar
dari rupa," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Isnin.
Jimmy berkata demikian kepada Harian Ekspress sebagai maklumbalas beliau
terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong yang juga
Ketua Umno Tenom Datuk Rubin Balang ketika mengumumkan cadangannya kepada
kerajaan membina tiga lagi SMK dimana satu daripadanya dikawasan DUN
Melalap manakala dua lagi dikawasan Kemabong.
Datuk Rubin dipetik berkata demikian ketika beliau merasmikan Bulan
Pendidikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Tenom di Dewan Sri Ontoros
Kemabong kira kira 30km dari pekan disini pada Jumaat lalu.
"Kita memang bersetuju dengan cadangan itu tetapi biarlah ia dilakukan
dengan bersungguh sungguh supaya rakyat tidak menagihnya¡nanti bila
pembangkang bangun bersuara mereka pula menuduh pembangkang menyibuk dan
mengapi apikan rakyat," tegas Jimmy lagi.
"Sebenarnya banyak lagi masalah frasarana sekolah yang tidak diperjuangkan
oleh pemimpin BN disini misalnya SK St. Anthony, SK Kalang/Kanar dan SK St
Pius Pamilaan. Kesemua sekolah terbabit bila kita siasat peruntukan sudah
lulus tapi masalah tanah untuk tapak sekolah. Kenapa wakil rakyat berdiam
diri soal tanah?" kata beliau.
Dalam pada itu ketika diajukan soalan lain yang tidak berkaitan berhubung
konsep 1Malaysia diterapkan menerusi perayaan Tahun Baru Cina (TBC) beliau
berkata,
"Konsep 1Malaysia sememangnya semangat itu sudah sedia wujud diSabah sejak
sebelum penyertaan kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura Tahun
1963..malahan rakyat kita lebih akrab sehingga terjalin hubungan kahwin
campur," jelas beliau.
Tegasnya lagi, konsep 1Malaysia memang banyak kebaikkan terutamanya
masyarakat diSemenanjong untuk memahami erti sebenar konsep dan dasar
keharmonian kepelbagaian kaum yang ada dinegara ini supaya dikukuhkan
semula.
Oleh: Mail Mathew |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|