|

2010 Feb 23 - Belia terkandas di KL
Belia terkandas di KL
TENOM: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah (gambar)
menolak dakwaan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Datuk Dr Yee Moh Chai kononnya isu belia belia Sabah yang terkandas di
Kuala Lumpur yang didedahkan media tempatan telah dipolitikkan.
Katanya, adalah agak keterlaluan bagi Yee memutarbelitkan fakta isu
tersebut yang cuba mengaitkan pihak lain kononnya ia dipolitikkan,
sedangkan masalah sebenar adalah disebabkan tindakan Kementerian Yee yang
bersikap mundar mandir tidak konsisten.
Masalah penderitaan belia belia diKL terus berlarutan walaupun beberapa
pemimpin dari parti kerajaan berusaha membantu mereka (belia terkandas)
namun pendedahan akhbar Harian Ekspress pada Jumaat lepas keadaan masih
belum berubah (belum ditangani) lagi.
"Kita bukan mahu menjadi juara politik kerana mengetengahkan isu belia
belia terkandas disanaˇtetapi kita dalam pembangkang sekadar berperasaan
simpati terhadap nasib yang menimpa para belia itu. Jadi, siapa yang harus
bertanggungjawab membantu mereka kalau bukan kerajaan BN dibawah
Kementerian Yee," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada isnin.
"Saya kurang faham kenapa Dr Yee bertindak sedemikian dalam keadaan yang
mendesak dan sanggup mencari alasan yang tidak menyenangi rakyat. Dulu Yee
kata Kementeriannya tidak ada keperluan menghantar pegawainya menyiasat
masalah belia terkandas diKLˇsekarang lain pula tindak tanduknya lagi,"
tegas Jimmy.
Tegas Jimmy lagi, adalah lebih baik Datuk Dr Yee berterus terang dan
katakan sahaja yang beliau tidak berminat menyelesaikan masalah belia
belia terkandas di KL dan seterusnya berpendirian bersikap tidak mahu 'mengambil
tahu' .
Dalam pada itu, ekoran isu belia di KL yang kini bertali arus ketika ini
dan sudah hampir sampai ke kemuncaknya, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman
dalam kenyataannya pada Ahad telah mengarahkan 2 Kementerian menyiasat
masalah tersebut untuk diselesaikan segera.
Kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan
Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan Kementerian Pembangunan Sumber dan
Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah.
Oleh: Mail Mathew |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|