|

2010 Feb 24 - Gaimin: 'Sudah terhantuk baru tengadah'
Gaimin: "Sudah terhantuk baru tengadah"
KOTA KINABALU,
24 Feb 2010: Pendedahan berani akhbar Harian Ekspress terhadap isu belia
Sabah merempat di Semenanjung kena pada masanya dan harus dipuji.
Pada peringkat awal, isu itu tidak menarik perhatian Kerajaan Negeri Sabah
kerana tidak ada satu pun langkah drastik diambil untuk menanganinya.
"Namun siasatan Harian Ekspress pada 19 Februari lalu ternyata pendedahan
yang dilaporkan terbukti benar. Apa yang mengejutkan ialah jumlah belia
Sabah yang merempat itu mencecah ratusan orang, angka ini hanya
berdasarkan kepada satu tempat sahaja di Kuala Lumpur .
Daripada maklum balas tidak kurang ribuan belia Sabah kini merempat di
seluruh Semenanjung Malaysia," kata Stephan Gaimin dalam satu kenyataan di
sini pada hari ini.
Katanya, apabila telah terbukti isu itu benar barulah para pemimpin Sabah
bersuara lantang seolah-olah baru tersedar dari mimpi dengan menunding
jari kearah ejen mencari pekerjaan.
Katanya, dalam masa yang sama belia Sabah turut dipersalahkan kerana mudah
di tipu.
Stephan berkata, senario itu umpama "sudah terhantuk baru tengadah", "kalah
berlawan baru teringat silat"
Katanya, perkara itu berlaku disebabkan faktor kemiskinan.
Sabah walaupun kaya dengan sumber tetapi merupakan negeri termiskin di
Malaysia , katanya sambil menambah, Sabah juga merupakan negeri yang
paling banyak masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI).
Katanya, Sabah juga juara kepada pertumbuhan penduduk yang paling banyak
disamping nombor satu dalam sindiket pemalsuan Mykad dan IC projek dimana
sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian walaupun laporan polis telah
dibuat.
"Apakah kerajaan benar-benar telus dalam menyelesaikan isu pengangguran di
kalangan belia Sabah seterusnya menyelesaikan isu belia Sabah merempat,
dimanakah janji koridor Sabah yang akan menyediakan peluang perkerjaan
kepada lebih 100 ribu belia Sabah," soal Stephan.
Katanya, menjadi impian bagi setiap siswazah untuk mendapatkan perkerjaan
yang menjamin masa depan, dan gaji yang setimpal dengan nilai segulung
ijazah. Tetapi hakikatnya amatlah menyedihkan apabila ijazah tersebut
menjadi tidak bermakna, bilamana akhirnya sijil spm yang diterima pakai
untuk mendapatkan perkerjaan.
Lantaran sebagai seorang graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
tahun 2004, tiga tahun menganggur tanpa sebarang perkerjaan tetap bukanlah
satu perkara yang boleh dibanggakan.
"Kesukaran mendapatkan perkerjaan mendorong saya untuk mengusahakan
tanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan untuk menampung
kehidupan," kata Stephan.
กก |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|