|

SAPP: MDT harus kaji semula kewujudan perkhidmatan cuci kereta kawasan tamu<
SAPP: MDT harus kaji semula kewujudan perkhidmatan cuci
kereta kawasan tamu
TENOM, Mac 1, 2010: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Zon
Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi menggesa pengurusan Majlis Daerah Tenom
(MDT) agar mengkaji semula kesesuaian kewujudan perkhidmatan mencuci
kereta dikawasan letak kereta tamu mingguan manakala yang satu lagi
dikawasan medan 'kiosk' penjaja kuih muih dekat pasar besar disini.
Katanya, kedua dua perkhidmatan tersebut menjadi gangguan kepada
keselesaan para penggunan manakala yang satu lagi mengwujudkan pencemaran
kesihatan kerana operasi mencuci kereta hanya bersebelahan dengan 'kiosk'
para penjaja kuih muih.
"Akibat tindakan salah pihak MDT telah wujud dua perkara yang bertentangan
dengan keselesaan pengguna iaitu masalah 'parking' yang dicerobohi dan
yang satu lagi masalah kesihatan awam. Kedua duanya harus ditangani pihak
MDT dengan secepat mungkin," kata beliau kepada Harian Ekspress kelmarin (Ahad).
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, beliau
tidak bermaksud untuk menghalang usaha MDT dalam mencari sumber sumber
tambahan dalam menambah dana majlis, tetapi keutamaan harus diberi kepada
keselesaan pengguna khususnya dari aspek kesihatan awam.
"Pihak majlis telah termaklum bahawa masalah disini sejak akhir akhir ini
ialah masalah kesesakan lalu lintas, terutamanya kawasan pasar tamu dan
pasar harian kerana kekurangan medan letak kereta yang luas, (Jadi) kenapa
lagi diwujudkan perkhidmatan cuci kereta dikawasan letak kereta pasar tamu
mingguan," tegas Rudy.
"Kita juga faham bahawa masalah kesesakan disini sukar diatasi dalam masa
yang singkat dan mungkin majlis akan mengambil sedikit masa untuk
mengurangkannya (kesesakan), tetapi dengan mengwujudkan perkhidmatan itu
ketika majlis mendepani pelbagai masalah untuk mengatasi kesesakan, apakah
ia boleh diterima masyarakat pengguna?" tambahnya lagi.
Selain itu, Rudy turut mempertikaikan kewujudan satu lagi perkhidmatan
mencuci kereta yang bersebelahan dengan medan 'kiosk' penjaja penjaja kuih
muih, yang bukan sahaja menjadi gangguan awam kerana kawasan disitu
senantiasa dipenuhi kenderaan yang menunggu giliran dicuci, tetapi juga
dari segi pencemaran kesihatan.
"Para pembeli kuih muih ragu ragu untuk membeli makanan kueh dan minuman
disitu kerana khuatir debu debu yang berterbangan akibat aktiviti mencuci
kereta…yang besar kemungkinan kotoran cucian itu telah tersasar kesitu
kerana jaraknya terlalu dekat," jelas beliau.
Bagaimanapun, Pegawai Eksekutif Wolfred Gentiu ketika dihubungi untuk
mendapatkan ulasannya menjelaskan bahawa beliau tidak bersedia ketika ini
kerana posisi tidak sesuai maksudnya beliau berada dalam cuti hujung
minggu.
Namun kata beliau, respons akan dibuat berhubung perkara tersebut dalam
masa dua hari dari sekarang, yang antara lain bahawa beliau perlu
menjalankan pemeriksaan dan siasatan keatas perkara tersebut terlebih
dahulu sebelum membuat sebarang ulasan.
Oleh: Mail Mathew |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|