|

2010 Mac 3 - Richard: Bantulah mangsa kebakaran Kg Sri Pandan
Richard: Bantulah mangsa kebakaran Kg Sri Pandan
KOTA
KINABALU, 2 Mac 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa Kerajaan Negeri
menjelaskan status Kampung Sri Pandan di Putatan dekat sini yang mengalami
kebakaran besar beberapa hari lalu bagi memudahkan bantuan disalurkan
kepada 500 mangsa bencana itu.
Pengerusi Perhubungan Kawasan (CLC) SAPP Tanjung Aru, Datuk Richard Yong
berkata, status kampung itu sangat penting agar mangsa kebakaran dapat
tahu samada mereka boleh atau tidak membina semula rumah di atas tapak
tanah rumah mereka yang telah terbakar pada minggu lalu.
"Walaubagaimanapun, adakah Kerajaan Sabah mempunyai rancangan menempatkan
semula para mangsa itu dan apakah bentuk bantuan yang telah mereka terima
setakat ini," soal Richard ketika melawat para mangsa kebakaran itu pada
hari ini.
Beliau diiringi Pengerusi Perhubungan Kawasan (CLC) Petagas Encik Dullie
Haji Marie serta ahli-ahli parti dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Petagas.
Richard kesal kerana belum ada kelihatan tindakan yang berkesan daripada
wakil-wakil rakyat dari kawasan tersebut walaupun kebakaran itu telah
berlaku beberapa hari lalu.
Kebakaran yang berlaku pada hari Jumaat lalu telah memusnahkan kira-kira
42 buah rumah dan mengakibatkan 500 orang dari 70 keluarga hilang tempat
tinggal serta sebahagian besar harta benda mereka.
Richard turut memberi pujian terhadap sikap keprihatinan beberapa
Persatuan Bukan Kerajaan [NGOs] yang tampil ke depan mengagih-agihkan
sumbangan berupa makanan, pakaian dan wang kepada para mangsa kebakaran
tersebut.
Beliau berkata, tindakan cepat NGO dalam membantu para mangsa kebakaran
tersebut jelas menunjukkan mereka mendahului Kerajaan Negeri.
Beliau seterusnya merayu Kerajaan agar bertindak segera bagi meringankan
bebanan para mangsa kebakaran tersebut. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|