|

2010 Mar 8 - Jangan tuding jari kepada media kerana jumlah kurang tepat
SAPP: Jangan tuding jari kepada media kerana jumlah
kurang tepat
TENOM,
Mac 8, 2010: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah berpendapat
bahawa nasib yang telah menimpa keatas belia belia yang dikatakan
terkandas di Kuala Lumpur (KL) sepertimana yang dilaporkan media baru baru
ini, perlu dibantu kerajaan dengan segera daripada terus melarat di sana
kerana apa yang sudah berlaku sedikit sebanyak telah mencalar imej Sabah
pada keseluruhannya.
Beliau berkata, mungkin bukan niat mereka (belia) sehingga terjadi
sebegitu rupa tetapi dengan 'mengulang tayang' kisah lalu, mengapa mereka
terjadi melarat disana bukan masanya, namun yang perlu dilakukan kerajaan
masalah mereka harus diselesaikan terlebih dahulu.
"Jangan asyik mempersoal jumlah angka mereka yang tepat dan menuding jari
kepada mediaˇtetapi media sudah lakukan yang terbaik khususnya Harian
Ekspres yang bersungguh sungguh menguatarakan kisah belia belia yang
merempat disana. Kita semua harus bersyukur," kata beliau dalam satu
kenyataan menerusi laman Facebook yang dihantar kepada harian Ekspress
pada Sabtu.
"Mereka juga ingin menimba pengalaman yang lebih luas yang tidak terdapat
dinegeri ini seperti bidang juruletrik, multimedia, dan sektor pembuatan
dimana apa yang berlaku hari ini di luar jangkaan mereka. Janganlah mengata
mereka yang bukan bukan dan boleh menyinggung perasaan mereka," tegas
Jimmy lagi.
Kepada satu soalan berhubung kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang
juga Presiden PBS Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang
mengatakan bahawa sebelum ini pun KDCA dalam jawatankuasanya di Lembah
Klang ada membantu penduduk Sabah bermasalah diKL tetapi tiada publisiti
Jimmy berkata.
"Mungkin cara tanpa publisiti meluas suatu langkah yang lebih baik untuk
membantu kes kes sedemikian rupa supaya imej buruk kita tidak tersebar
luas. Apa yang lebih penting adalah keikhlasan membantu dan bukan
publisiti," tegasnya lagi.
Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat yang juga Pegawai Khas
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Jamawi Jaafar dalam
satu kenyataan yang dihantar menerusi Facebook berkata, kesemua belia yang
bermasalah sudah pun mendapat pekerjaan tetap kecuali tiga orang belia
yang kehilangan kad pengenalan.
Bagaimanapun kata Jamawi, ketiga tiga belia itu telah dibantunya untuk
mendapatkan kad pengenalan baru di Jabatan Pendaftaran Negara di KL. Jamawi
optimis bahawa mereka juga akan mendapatkan pekerjaan sebaik baik saja KP
baru diperolehi dalam masa terdekat.
Oleh: Mail Mathew |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|