|

2010 Mar 14 - Pemuda SAPP Zon Pedalaman turun padang lancar program 'Belia Berdikari'
Pemuda SAPP Zon Pedalaman turun padang lancar program 'Belia
Berdikari'
KENINGAU,
Mac 14, 2010: Kepimpinan Pergerakan Parti Maju Sabah (SAPP) Zon Pedalaman
akan menggerakan sayap itu dengan melaksanakan pelbagai program turun
padang antaranya program 'Belia Berdikari' yang bertujuan untuk mendekati
golongan pemuda terutamanya mereka yang tercicir dalam pencarian pekerjaan.
Demikian dinyatakan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Zon Pedalaman Rudy
Sulaiman Mairi dalam satu kenyataan dipejabat perhubungan parti itu disini
sejurus selepas selesai mesyuarat pergerakan itu pada Sabtu.
Tegasnya, sudah sampai masanya bagi kepimpinan pergerakan itu untuk turun
padang menjelajah ke pelusuk kawasan mencari mereka yang dipercayai masih
belum berpekerjaan tetap dan menyertai program yang dirancangkan pemuda
SAPP.
Rudy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap seterusnya berkata,
janganlah mereka ini terus terpengaruh dengan dakyah 'sinaran lampu terang' dibandar bandar besar lalu berhijrah kesitu tanpa berfikiran panjang
tetapi akhirnya mereka menyesal selepas terjebak dengan masalah sosial.
"Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri…kalau mahu majukan diri
sendiri, kita kena lebih berusaha dalam sektor pertanian atau perniagaan
kecil kecilan tanpa bergantung bantuan orang lain," tegas Rudy lagi.
Dalam pada itu, ketika menjawab soalan berhubung persiapan pergerakan itu
untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang beliau berkata, pemuda SAPP
sudah bersiap sedia untuk menghadapinya pada bila bila masa.
Seramai 7 CLC Pergerakan Pemuda SAPP telah menerima pakaian seragam baru
pergerakan itu yang memperlihatkan bahawa mereka mempunyai azam baru dan
imej baru untuk menghadapi PRU13.
Oleh: Mail Mathew |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|