SAPP: Adakah Hiew mewakili DAP dan Pakatan dengan
kenyataannya?
Kota Kinabalu, Mac 17, 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) naib
president Amde Sidik hari ini bertanya adakah kenyataan Dr Hiew King Chew
mewakili DAP dan Pakatan dalam keseluruhannya.
"Mengikut kenyataan Dr Hiew dalam laman web (erapakatan.com) bahawa
SAPP mesti bertoleransi jika mahu menumbangkan BN. Beliau juga mengata ini
kerana SAPP ingin bertanding 40 daripada 60 kerusi DUN Sabah dalam
pilihanraya akan datang.
"Hiew juga berpendapat bahawa SAPP mesti dalam Pakatan jika tidak, SAPP
adalah musuh Pakatan!
"Dua pertanyaan yang Hiew mesti jawab: pertama, adakah ini bermakna
Hiew mewakili DAP dan ini dasar parti DAP keseluruhannya?
"Kedua, adakah juga Hiew mewakili dan Pakatan dan ini dasar Pakatan
(DAP, PKR, PAS)?
"Ramai pengundi di Kota Kinabalu, berpendapat bahawa kenyataan yang
dibuat Hiew tidak boleh dianggap mewakili kemahuan pengundi Kota Kinabalu,
antara sebab, ialah, kemenangan Hiew cuma 106 undi dalam pemilihan 3
penjuru dalam pilihanraya dulu.
"Hiew memandai-mandai membuat polisi untuk parti beliau dan seterusnya
untuk Pakatan? Banyangkanlah suatu hari nanti beliau mempunyai kuasa besar
sudah tentu banyak perkara yang lebih rumit akan berlaku atas ketidak
usual periksa dan kenyataan semburunoh beliau.
"Isu dimana SAPP akan bertanding 40 kerusi dari pada 60 kerusi DUN di
Sabah adalah merupakan satu target (working target) buat SAPP. SAPP sebuah
parti yang mengamalkan demokrasi untuk kebaikan rakyat Sabah, maksudnya,
sentiasa ada ruang untuk perbahasan dan tegur menegur. Contohnya, jika ada
gambaran yang menujukan rakyat Sabah mahukan SAPP bertanding banyak
kerusi ini adalah satu perkara yang SAPP ambil kira demikian juga kalau
rakyat mahu sebaliknya. |