1Malaysia hanya untuk Semenanjung
PAPAR, 25 Mac 2010: Bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Haji Mohd Noor Mansor
berkata konsep 1Malaysia hanya untuk Semenanjung manakala Sabah atau Sarawak
terkecuali. Katanya, Konsep 1Malaysia itu adalah satu retorik Kerajaan Barisan Nasional
(BN) untuk kepentingan politik mereka di Semenanjung.
"Konsep 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan dan Pencapaian di Utamakan yang di
laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya untuk penduduk di
Semenanjung saja tanpa melibatkan Sabah mahupun Sarawak ," katanya.
Beliau berucap pada majlis perasmian cawangan Kampung Laut, sebuah cawangan
baru Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC)
Pantai Manis di kediaman Pengerusi penaja cawangan Ramlan Roslan di kampung
itu, dekat sini, semalam. Hadir sama Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan
Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Baib
Presiden SAPP Datuk Rashid Gador dan Ketua Pemuda SAPP merengkap Pengerusi
CLC Pantai Manis Edward Dagul. Mohd Noor yang menjadi Menteri Kewangan Sabah semasa pemerintahan Kerajaan
Berjaya berkata, konsep 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan itu sebenarnya
sudah lama dipraktikkan rakyat Sabah.
Mohd Noor seterusnya berkata, perkahwinan campur di Sabah juga sebenarnya
sudah lama dipraktikkan rakyat di negeri ini dan perkara itu berjaya
menyemai perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Sabah . |