|

2010 Mar 25 - Sebaris rumah Taman Jumbo diancam bahaya
Sebaris rumah Taman Jumbo diancam bahaya
KOTA KINABALU, 25 Mac 2010: Beberapa batang pokok kayu berusia lebih 25
tahun didapati membahayakan beberapa rumah di Taman Jumbo dan Taman Seri
Utama, di Petagas, di sini.
Ketinggian beberapa pokok melebihi talian letrik di satu barisan rumah di
Taman Jumbo dan para penduduk bimbang talian akan putus jika pokok itu
tumbang atau dahan patah akibat ditimpa cuaca buruk.
Seorang penduduk, Chung Ming Kong berkata, bahaya seperti renjatan letrik
boleh berlaku terhadap penduduk jika talian terputus.
"Sebatang pokok besar yang sudah kering berusia lebih 25 tahun juga
mengundang bahaya kerana terlalu dekat dengan talian letrik yang
bersebelahan dengan rumah kedai Taman Jumbo itu.
"Salah sebuah rumah berada dalam keadaan bahaya kerana pokok itu boleh
tumbang pada bila-bila masa saja. Pokok-pokok itu termasuk pokok kering
besar itu ditanam pihak pemaju ketika perumahan itu mula dibina," kata
Chung yang juga Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP) cawangan Putatan.
Katanya, kawasan permainan di Taman Seri Utama sudah tidak boleh digunakan
lagi kerana alat permainan telah rosak serta ditumbuhi semak dan pokok
seperti pokok kelapa.
Beliau berkata, kawasan permainan itu sudah terlalu lama terbiar sehingga
tidak boleh dikunjungi lagi oleh para penduduk di kawasan sekitar
terutamanya penduduk dari Taman Seri Utama.
Katanya, tiang lampu jalan dihadapan kawasan permainan itu juga boleh
rosak pada bila-bila masa kerana dilingkari tumbuhan.
Ming Kong berkata, tiang lampu itu juga boleh rosak sekiranya sebatang
pokok kering agak besar disebelahnya tumbang.
Beliau seterusnya berkata bahawa, parit dihadapan kawasan permainan itu
juga didapati tersumbat kerana diliputi pasir serta sampah sarap.
Katanya, beliau dan para penduduk di kedua-dua taman perumahan itu telah
memaklumkan Majlis Daerah Penampang (MDP) mengenai keadaan di kedua-dua
taman itu tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.
Katanya, para penduduk berharap MDP akan bertindak segera kerana khuatir
keselamatan mereka sentiasa terancam.

Chung menunjukkan parit yang tersumbat di hadapan kawasan
permainan di Taman Seri Utama |

Keadaan kawasan permainan di Taman Seri Utama yang rosak teruk
serta ditumbuhi semak dan pokok kelapa |
|
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|