|

2010 Apr 23 - SAPP bimbang EIA diguna teruskan bina empangan Kaiduan
SAPP bimbang EIA diguna teruskan bina empangan Kaiduan
KOTA KINABALU 23 April 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) bimbang laporan
Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) akan digunakan sebagai prosedur untuk
meneruskan cadangan membina Empangan Kaiduan di Papar yang boleh membawa
bencana kepada beberapa perkampungan di daerah itu.
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, kebimbangan itu
timbul kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini boleh
menggunakan laporan EIA itu sebagai alasan untuk meneruskan projek
tersebut.
"Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar hanya satu prosedur. Kita bimbang ia
akan digunakan sebagai alasan untuk meneruskan projek membina Empangan
Kaiduan itu," katanya yang juga bekas Ketua Menteri Sabah.
Beliau berkata demikian ketika menerima memorandum bantahan daripada
delegasi Pasukan Khas Membantah Pembinaan Empangan Kaiduan (Task Force
Against Kaiduan Dam) di Ibu Pejabat SAPP di sini, hari ini.
Memorandum itu diserahkan Pengerusi Pasukan Khas Membantah Pembinaan
Empangan Kaiduan itu, Nousi Gium yang diiringi beberapa ahli yang datang
dari Penampang dan Papar.
Hadir sama Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk
Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan dan Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul.
Turut hadir, Naib Presiden SAPP Amde Sidik, Ketua Penerangan SAPP Chong
Pit Fah, Ahli Majlis Tertinggi SAPP Dullie Haji Marie, Ketua SAPP cawangan
Pogunon Aloysius Siap dan beberapa pemimpin parti.
Teck Lee berkata, Kerajaan Barisan Nasional tidak akan meneruskan
pembinaan empangan itu jika mendapati boleh menyebabkan BN kalah banyak
kerusi pada pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, projek pembinaan empangan itu akan diteruskan jika Barisan
Nasional mendapati hanya satu kerusi seperti Dewan Undangan Negeri (DUN)
Moyog saja yang akan hilang pada pilihanraya akan datang.
Katanya, Kerajaan Sabah sepatutnya melihat kepada idea seperti pembinaan
empangan mikro bagi setiap daerah kerana empangan sedemikian juga boleh
menjana tenaga letrik bagi daerah berkenaan.
Sementara itu, Nousi Gium berkata, pembinaan empangan itu boleh
menyebabkan empat kampung tenggelam jika struktur empangan itu pecah.
Katanya, beberapa kampung lagi akan menerima padah seperti kerosakan teruk
jika perkara seperti itu berlaku.
Nousi berkata, satu taklimat daripada bakal kontraktor telah diadakan di
pejabat daerah dimana mereka menggunakan fakta lapuk apabila ada kampung
tidak terdapat pada peta yang ditunjukan kepada hadirin.
Katanya, pada peringkat awal empangan itu dicadang dibina di Kampung
Mandalipau tetapi dipindahkan ke Kaiduan kerana boleh menjimatkan kos. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|