Wanita SAPP anjur Majlis Malam Mesra Hari Ibubapa
Kota
Kinabalu, Mei 4, 2010: Pergerakan Wanita Parti Maju Sabah (SAPP) Zon Kota
Kinabalu, Penampang dan Labuan akan menganjurkan "Majlis Mesra Hari
Ibu-Bapa" pada 25 Jun 2010 bertempat di Grand Port View, Kota Kinabalu.
Pengerusi penganjurnya, Puan Lily Liew berkata, majlis itu akan dirasmikan
oleh Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Katanya, penganjuran majlis itu merupakan sabahagian daripada usaha SAPP
bagi menerap nilai murni dikalangan generasi muda agar menghormati,
menghargai jasa serta sumbangan kedua-dua ibu bapa mereka.
"Ini merupakan tahun ke-16 Pergerakan Wanita SAPP menganjurkan aktiviti
yang amat bermakna dan berfaedah itu, Saya berharap generasi muda akan
bersama-sama ibu bapa menghadiri majlis sambutan yang khusus untuk
kedua-dua orang tua mereka ", katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Lily Liew berkata, Pergerakan Wanita SAPP sentiasa menggerakan aktiviti
bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya budaya menghormati dan
menghargai golongan yang lebih tua.
"Majlis Mesra Hari Ibu Bapa juga memberi peluang kepada pucuk pimpinan
parti bertemu dan beramah-mesra dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi
dan juga rakyat serta keluarga mereka bagi mengeratkan lagi hubungan dan
jalinan silatulrahim", tegasnya.
Beliau berkata, bagi menjayakan majlis itu, isteri Presiden parti, YBhg
Datin Seri Panglima Stella Yong, Ketua Pergerakan Wanita SAPP, Puan
Melanie Chia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, isteri
ADUN Likas, Puan Chu Yun Moi, isteri Ahli Parlimen Sepanggar, Datin Sylvia
Majimbun, isteri Ketua Penerangan, Puan Wong Su Ying, isteri Setiausaha
Agung SAPP, Datin Helen Tseu telah dilantik sebagai penasihat majlis.
Sementara Ketua Pergerakan Wanita SAPP Zon Kota Kinabalu, Penampang dan
Labuan , Puan Siaw Shui Lan dilantik sebagai Pengerusi Majlis.
Katanya, pelbagai acara menarik telah disusun bagi memeriahkan lagi
sambutan Majlis Mesra Hari Ibu-Bapa seperti cabutan tiket bertuah,
pertandingan wajah seiras ibu-bapa dan anak-anak, hadiah untuk pasangan
bertuah, penyertaan keluarga teramai, persembahan tarian dan nyanyian dan
acara kemuncak ialah hadiah khas untuk 3 warga emas (usia tertua).
Sementara itu, Siaw Shui Lan berkata, Pergerakan Wanita SAPP Zon Kota
Kinabalu, Penampang dan Labuan berjaya menganjurkan Majlis Mesra Hari Ibu
Bapa selama 16 tahun berturut-turut, adalah hasil daripada dorongan dan
sokongan daripada pempimpin dan ahli-ahli SAPP serta sahabat handai mereka.
Menurutnya, adalah menjadi budaya SAPP mengambil berat dan prihatin
terhadap kebajikan ahli-ahli dan rakyat, disamping menghulurkan bantuan
terhadap golongan yang memerlukan perhatian.
Sehubungan itu, Siaw berharap penganjuran majlis itu akan menanam
kesedaran yang jitu dikalangan generasi muda tentang betapa pentingnya
mereka menghargai jasa dan sumbangan ibu-bapa dalam mendidik dan
membesarkan mereka.
Caption Gambar:
Ahli Jawatankuasa Penganjur "Majlis Mesra Hari Ibu Bapa" |