|

2010 May 12 - SPRM 'berkas' kroni Musa Aman?
SPRM 'berkas' kroni Musa Aman?
Mei 12, 2010:
GEMPAR! Ekoran siasatan yang dijalankan dan pendakwaan yang bakal
dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'memberkas' dua orang kroni Musa Aman,
Freddy Lim dan Andrew Lim berhubung kegiatan Penggubahan Wang Haram dan
Membiayai Keganasan yang dilakukan secara bersama dengan adik angkat Musa
Aman, Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman.
Kedua-dua mereka 'diberkas' pada malam semalam bagi membolehkan SPRM
menjalankan siasatan dan seterusnya melakukan pendakwaan, sebelum
meletupnya kes Hong Kong yang akan menggemparkan dunia dalam masa dua
minggu lagi; setelah Mikhael Aman ditangkap ICAC ketika cuba menyeludup
keluar 16 juta dollar Singapura dalam 'briefcase'nya ketika berlepas ke
Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.
Mengikut modus operandi yang dikesan Sabahkini.net, Freddy dan Andrew Lim
membayar Michael dan Musa Aman (McMA) melalui Wayco Enterprise Limited
setelah McMA diberi konsesi pembalakan melalui Melur Azim Sdn.Bhd,
Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd termasuk membeli
balak Yayasan Sabah melalui Mujur Bakat Sdn Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd.
Sabahkini.net telah mendedahkan kegiatan Mikhael Aman ini melalui artikel
MICHAEL CHIA, TOKOH PERNIAGAAN BN YANG BERJAYA? dan beberapa kes lain yang
boleh disemak di arkib Sabahkini.net.
Tindakan tergesa-gesa SPRM menangkap Lim bersaudara ini mungkin akibat
tertekan kerana bimbang imej Malaysia akan tercemar sekiranya kes
berkenaan dibicarakan pada atau selewat-lewatnya 20 Mei 2010 di Mahkamah
Hong Kong.
Walaupun sebelum ini SPRM memberkas beberapa kroni Musa Aman dan mereka
yang ada kaitan dengan kes Hong Kong, namun siasatan hanya ala kadar;
namun arahan terbaru daripada Perdana Menteri dan SPRM yang diketuai Ketua
Pesuruhjaya baru begitu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut
rasuah paling memalukan di Sabah.
Kesungguhan Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull membuka kembali
fail siasatan 81 DALIL Musa Aman yang difailkan Naib Presiden PKR, Datuk
Dr Jeffrey Kitingan merupakan tamparan hebat kepada Musa Aman yang berada
di ambang kegelinciran kuasa.
Mengikut siasatan Sabahkini.net sebelum ini, semua pembalak yang mendapat
konsesi pembalakan atau kontrak membeli kayu balak Yayasan Sabah akan
membayar wang kepada Mikhael Aman; yang kemudiannya akan menyuci wang
tersebut melalui akaun Richard Barnes.
Richard Barnes yang menjadi Pemegang Amanah Musa Aman akan menyuci wang
tersebut melalui Datuk Nasir Yeo yang akan menyimpan dan memasukkan semula
wang tersebut ke akaun Musa Aman di Central Bank Hong Kong. Sebahagian
wang RM100 juta yang diterima telahpun 'dicuci' kembali ke Sabah dengan
pembelian tanah di Sutera Harbour yang kini dikenali sebagai d'Banyan
residency @ Sutera.
Setiap pembalak atau pembeli balak dikehendaki membayar RM50 bagi setiap
meter padu terutama Mujur Bakat Sdn.Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd; manakala
pemilik syarikat yang diberikan konsesi Yayasan Sabah dikehendaki membayar
RM3,500 sehektar bermula daripada Melur Azim Sdn.Bhd (Kuamut), Bountiful
Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd (Pinangah), Kilang Papan Sinora
yang diberikan 5,000 hektar di Hutan Simpan Tangkulap (Kota Kinabalu).
Oleh: SHAKILA AMIR HASSIM |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|